Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar | Masa mandi adalah lebih daripada sekadar rutin, ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutin harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak - kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.


CARRIE JUNIOR merupakan sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar. Produk CARRIE JUNIOR Bubbly Bar baharu ini memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul dipermukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. 


Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. 


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit; apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit.

Pastikan kulit anak anda sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian CARRIE iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.


Kini kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara; sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.


Tips Menjadi Dropship Yang Berjaya | Perniagaan sebagai dropship semakin meluas pada hari ini. Sudah ramai yang mengambil peluang untuk menjadi dropship termasuklah pelajar kolej. Yelah, sambil pegang telefon atau hanya menggunakan laptop, dapat jana pendapatan pula, siapa yang tak nak kan? Sekurang - kurangnya boleh cover duit petrol ke tempat kerja, belanja top up, duit tabung travel, duit shopping dan sebagainya. 


TAPI! Tidak semua perniagaan dropship berjaya! Tidak semua perniagaan dropship membuahkan hasil pendapatan! Nak tahu kenapa? Sebelum tu jom Gee terangkan apakah itu perniagaan dropship.

Perniagaan Dropship adalah perniagaan yang dilakukan tanpa mengeluarkan modal. Boleh ke buka perniagaan tanpa modal? Boleh! Dalam perniagaan dropship, korang hanya perlu mencari pelanggan sahaja. Stok disediakan dan diuruskan oleh pemilik perniagaan. Urusan penghantaran dan pos juga akan dilakukan oleh pemilik perniagaan. Korang akan diberi komisen atau ada juga dropship dapat menikmati keuntungan yang di jual selepas menolak harga modal kepada pemilik perniagaan. Macam seronok dan sangat mudah!! Tapi kenapa tak semua dropship berjaya? 


Gee sendiri pernah menjadi seorang dropship. Gee juga pernah mempunyai dropship untuk perniagaan yang Gee jalankan. So, daripada pengalaman sendiri ini Gee dah ketahui dan ingin berkongsi tips untuk menjadi dropship yang berjaya. Jom lihat apakah tipsnya!!

5 Tips Menjadi Dropship Yang Berjaya

1. Rajin Update Gambar Stok di Laman Sosial


Tugas seorang dropship adalah mendapatkan pelanggan. Gunakan waktu korang ketika memegang telefon bagi mengemaskini gambar stok di laman media sosial. Pemilik produk akan sentiasa update stok pada dropship mereka. Nak jadi dropship berjaya, korang tidak boleh menangguh untuk update stok di laman media sosial. Bila korang sentiasa updates, maka orang akan berikan persepsi positif kepada perniagaan korang nanti. 

2. Buka Akaun Media Sosial Untuk Perniagaan Dropship
Untuk menampakkan korang serius di dalam bidang perniagaan, korang boleh mula asingkan akaun media sosial untuk personal atau tujuan perniagaan. Dari akaun media sosial seperti Instagram dan Facebook, perniagaan dropship korang akan lebih mudah dijumpai oleh bakal pembeli lain juga. Maka, jualan korang tidak bergantung pada kawan-kawan sendiri atau keluarga sahaja malah jualan dapat dibuat lebih meluas.

3. Keluarkan Sedikit Modal Untuk Pemasaran


Melakukan perniagaan dropship sememangnya tidak memerlukan korang untuk mengeluarkan modal. Namun, tidak salah sekiranya korang memperuntukan sedikit perbelanjaan untuk mengedarkan risalah bagi mewarwarkan perniagaan dropship korang kepada orang ramai. Risalah nanti boleh diberikan kepada orang awam di pasaraya, penduduk di taman perumahan atau di tempat awam seperti stesen bas.   

4. Tawaran Promosi Bersempena Perayaan


Korang yang kebiasaan suka membeli di dalam talian pasti sudah sedia maklum, apabila tiba musim perayaan pasti banyak pemilik perniagaan mengadakan jualan murah. Korang pun boleh melakukan hal yang sama untuk meningkatkan jualan perniagaan dropship korang. Bersempena perayaan yang bakal tiba, korang sudah boleh merancang seawal yang boleh supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar. Antara kaedah promosi yang korang boleh gunakan adalah pemberian kad baucer di dalam talian atau boleh juga pemberian kupon diskaun melalui kad raya kepada pelanggan tetap korang. 

5. Follow Up Pelanggan Lama dan Baru


Nak jadi dropship yang berjaya, korang mestilah sentiasa follow up pelanggan lama atau baru supaya dapat mengekalkan perhubungan yang baik dengan pelanggan. Follow up ini tidak semestinya tujuan perniagaan semata-mata malah korang boleh menjadikan mereka sebagai kawan korang sendiri. Ada banyak cara untuk mendekatkan diri dengan pelanggan ini termasuklah pemberian kad kahwin sebagai tanda jemputan ke majlis perkahwinan korang atau ahli keluarga yang lain. Pasti pelanggan korang terharu dan menghargai jemputan yang diberikan.

Jom Jadi Dropship Yang Berjaya!!


Banyak jenis perniagaan yang menawarkan peluang dropship kepada orang ramai. Antaranya perniagaan tudung, baju muslimah, kasut, handbag, aksesori, pakaian budak, produk - produk kecantikan, produk - produk kesihatan dan sebagainya. Korang tak perlu pegang atau menyimpan stok malah urusan pos juga korang tidak perlu lakukan. Sangat menguntungkan kalau korang lakukan dengan cara yang betul!! Semoga perkongsian ni dapat memberikan manfaat dan idea untuk korang! 

Selamat mencuba! 💙


Dapatkan Koleksi Diecast Jenama Terkenal, Murah dan Original di Malaysia | Mempunyai koleksi mainan diecast adalah menjadi kegilaan bagi peminat - peminat diecast sendiri. Mereka sanggup mengeluarkan belanja sehingga ribuan ringgit bagi mendapatkan koleksi diecast yang eksklusif dan berjenama. Namun, korang harus pastikan korang membeli daripada trusted seller supaya barangan yang diperolehi adalah diecast yang original dan harga yang sepatutnya.


Incik suami Gee sendiri sangat suka mengumpul mainan diecast ni, namun bila dah ada anak - anak, hobi itu berkubur macam tu je. Koleksi yang ada pun dah jadi koleksi anak - anak. Tu koleksi yang biasa - biasa je. Tapi di entry ni Gee nak kongsikan koleksi diecast yang luar biasa dan sangat istimewa!! Tokey ni dah menjadi seller favourite di kalangan pengumpul diecast di luar negara tau!! Memang trusted seller ni! Jom baca entry Gee seterusnya!


Ms Diecast Store Tawarkan Servis Jualan Diecast Original Daripada Pengeluar Luar Negara



Berita baik untuk peminat diecast di Malaysia, kini korang dah tak perlu buat tempahan koleksi diecast yang korang nak daripada penjual luar Malaysia. Nak jimat kos penghantaran, korang order je diecast original daripada Ms Diecast Store yang beroperasi di Kuala Terengganu, Terengganu. Ms Diecast Store menawarkan servis jualan pelbagai permainan hiasan jenama terkenal di dunia yang lebih dikenali sebagai diecast. 


Semua diecast adalah yang asli dan original daripada pengeluar yang sah di luar negara. Ya!! Semua stok adalah di order daripada direct pengeluar dari luar negara. Tapi korang jangan risau!! Kerja pengeposan untuk pelanggan Ms Diecast Store dibuat sendiri oleh pemilik perniagaan Ms Diecast Store. Ini bagi memastikan kualiti dan model yang di order adalah betul dan tidak mempunyai sebarang kerosakan sebelum dimiliki oleh pelanggan.

Terdapat Banyak Pilihan Brand Diecast Untuk Dipilih



Ada banyak koleksi diecast yang dijadikan stok untuk pengumpul koleksi diecast di Malaysia. Namun, sekiranya model diecast yang korang inginkan tiada dalam stok, Ms Diecast Store akan menguruskan proses pre order daripada pengeluar jenama tersebut sendiri. Sangat mudah! Antara pilihan jenama yang ada adalah Tomica, Sany, Tiny HK, Mammoet, WSI Models dan lain - lain lagi jenama yang ada. 

Reka Bentuk Diecast Unik dan Details


Kalau mainan biasa di pasaran, kereta mainan tu sekadar kereta saja kan? Kalau mainan Diecast berjenama antarabangsa ni, setiap model mempunyai ciri reka bentuk yang sangat unik. Setiap satu model di buat mengikut size dan skala tertentu. Skala ini diukur berdasarkan model kereta atau kenderaan yang sebenar. 


Berikut antara contoh skala diecast berdasarkan model yang ada :

● Skala kereta, van 1:76
● Skala Tomica 1:64
● Skala WSI 1:50
● Skala SANY 1:35


Setiap diecast mempunyai details yang berbeza seperti bukaan bonet depan dan belakang, bukaan pintu, dan sebagainya. Selain itu, ramai yang gilakan diecast adalah kerana setiap model diecast diperbuat seperti buatan asal cuma size yang berbeza. 

Antara Koleksi dan Harga Diecast Dalam Pasaran 


DIECAST BRAND TINY HK

◈ Mini Cooper MK : RM40
◈ Isuzu N Series : RM50
◈ Toyota Hiace Gogo Van : RM50
◈ HINO 300 Tow Truck : RM50

DIECAST BRAND LAIN 

◈ Honda Civic Type R (FK8R) : RM55 ( Pilihan warna merah, biru, putih, hitam )
◈ Tomica Limited Vintage : RM95
◈ Tomica Limited Vintage Lori : RM195
◈ Sany Single Drum Roller China Brand : RM290
◈ Green Light ( mini car from US ) : RM 35

RESIN HANDMADE MODEL

◈ One Model HONDA FD Mugen RR : RM150

Jom Lihat Testimoni Pelanggan DS Diecast Store






Jom Dapatkan Koleksi Diecast Original!!



Nak cari supplier Diecast murah dan boleh dipercayai? Jom dapatkan koleksi diecast daripada MS Diecast Store. Korang boleh buat pre order dulu mana - mana koleksi yang korang inginkan. Tempoh masa pre order hanya mengambil masa sekurang - kurangnya 10 hari sahaja! Semua diecast di order daripada direct pengeluar luar negara di mana terjamin kualiti dan standard diecast yang asli. Nak beli untuk diri-sendiri atau jadikan hadiah? Semua boleh diuruskan!!


Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut, korang boleh hubungi maklumat di bawah ni :

MS DIECAST STORE | SUPPLIER DIECAST MURAH DI MALAYSIA

Facebook : Ms Diecast Store

Instagram : @msdiecaststore

WhatsApp : 017-9598929


Set Penjagaan Rambut Asmak Untuk Seisi Keluarga | Rambut merupakan aset yang penting bagi setiap individu. Tanpa penjagaan rambut yang betul, ia akan mengakibatkan rambut berbau busuk, kegatalan kulit kepala, masalah rambut kering, kelemumur, keguguran rambut, rambut bercabang dan pelbagai lagi masalah rambut bakal di hadapi. Gee sendiri selalu runsing sekiranya rambut bermasalah kerana nanti akan membuatkan stress dan tidak selesa sepanjang masa.


Bila anak - anak dah semakin membesar dan aktif, penjagaan rambut juga penting. Terutamanya Amani dan Ardini yang mempunyai rambut yang semakin panjang. Setiap pagi diaorang akan mandi dan basahkan rambut, kemudian pakai tudung sampai ke tengahari. Waktu petang pula diaorang aktif bermain di luar rumah. Kalau tidak memberi penjagaan rambut yang betul, risau rambut mereka rosak seawal usia mereka. 

Baru - baru ini Gee ketahui produk bayi yang tersohor iaitu Asmak telah mengeluarkan set penjagaan rambut yang boleh digunakan untuk seluruh ahli keluarga. Tidak semua produk rambut sesuai digunakan untuk semua peringkat umur kan? Jom Gee kongsikan lebih lanjut tentang produk penjagaan rambut Asmak ini.

Jom Kenali Jenama Asmak

MHAM Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk yang berasaskan herba dan bahan semulajadi sebagai pilihan alternatif. Produk keluaran mereka merupakan produk yang berstatus halal dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi, penggunaan produk pada semua peringkat umur termasuklah bayi adalah selamat dan juga berkesan.

Suka Produk Penjagaan Rambut Asmak


Untuk mendapatkan rambut yang sihat, cantik dan terurus, Gee sangat sarankan menggunakan 3 produk ini. Gee sendiri dah guna dan rasa kesan yang best, so korang pun patut cuba juga! Jom Gee kongsikan 3 produk penjagaan rambut Asmak ini.

1. SHAMPOO BUNGA RAYA PLUS

Semerbak bau wangi dalam bilik air bila korang guna Shampoo Bunga Raya Plus ni. Bau dia memang best!! Ramuannya terdiri daripada bunga raya, coconut oil, babassu oil, tea tree oil jojoba oil dan juga acerola. 



CARA PENGGUNAAN :

◉ Basuhkan rambut sehingga basah kulit kepala.
◉ Picit Shampoo Bunga Raya Plus pada telapak tangan bergantung pada keperluan pengguna.
◉ Urutkan Shampoo Bunga Raya Plus pada rambut dan kulit kepala yang basah.
◉ Biarkan selama 2 minit supaya zat pada shampoo meresap pada rambut.
◉ Bilaskan dengan air sehingga bersih.

TIPS TAMBAHAN :

➜ Elakkan menyikat rambut dengan kasar.
➜ Sekiranya rambut sedang basah, balutkan dengan tuala dan biarkan dulu seketika.
➜ Selepas itu, barulah sikat dengan perlahan - lahan.

HARGA :

RM 49 ( Semenanjung )
RM 54 ( Sabah & Sarawak )
Isi kandungan : 500ml

TESTIMONI LAIN :




2. SEVENIS HAIR OIL

Tekstur rambut sangat best bila korang sapu Sevenis Hair Oil ni. Ia merupakan minyak rambut yang digunakan setelah rambut kering. Antara ramuan Sevenis Hair Oil adalah light mineral oil, tea tree oil, babassu oil, castor oil, olive oil dan argan oil.



CARA PENGGUNAAN :

◉ Gunakan selepas rambut separa kering atau sudah kering, picit Sevenis Hair Oil ke tapak tangan dan gunakan hujung jari untuk mengurut dan ratakan le seluruh kulit kepala dan helaian rambut.

TIPS TAMBAHAN :

➜ Sapukan Sevenis Hair Oil pada rambut secara rata sebelum tidur dan balut sepanjang malam. 
➜ Keesokkan pagi, terus cuci rambut menggunakan Shampoo Bunga Raya Plus.
➜ Hasilnya, rambut korang akan lebih sihat, bersinar dan kuat.

HARGA :

RM 29
Isi kandungan : 150ml

TESTIMONI LAIN :




3. HAIR MOISTURIZER WITH SERUM

Rambut menjadi lebih sihat dengan penggunaan Hair Moisturizer With Serum. Penggunaan serum pada rambut sangat bagus bagi membekalkan keperluan nutrisi pada rambut korang. Antara ramuan yang terkandung di dalamnya adalah bunga raya, argan oil, olive oil, rose canina fruit oil dan juga coconut oil.


CARA PENGGUNAAN :

◉ Selepas korang menggunakan Shampoo Bunga Raya Plus, keringkan rambut dahulu kemudian picitkan sedikit Hair Moisturizer With Serum kat atas tapak tangan kemudian urutkan dari akar rambut sehingga ke hujung rambut.

TIPS TAMBAHAN :

➜ Gunakan serum 3 kali seminggu sekiranya korang menggunakan ke semua produk set penjagaan rambut Asmak seperti Shampoo Bunga Raya Plus, Sevenis Hair Oil dan Hair Moisturizer Serum.  

HARGA :

RM 80 ( Semenanjung )
RM 90 ( Sabah & Sarawak )
Isi kandungan : 300ml

TESTIMONI LAIN :




Ketahui Manfaat Amalkan Set Penjagaan Rambut Asmak

Gee sukakan ramuan yang terkandung di dalam set penjagaan rambut Asmak ini di mana ia terdiri daripada bahan - bahan semulajadi sahaja. Sebab itu set penjagaan rambut ni juga selamat untuk anak - anak. Antara manfaat mengamalkan set penjagaan rambut Asmak ini adalah :

➨ Menghilangkan masalah keguguran rambut.
➨ Merawat masalah kegatalan pada kulit kepala.
➨ Menghilangkan kelemumur.
➨ Boleh membantu melebatkan dan menghitamkan rambut.
➨ Boleh merawat luka pada kulit kepala.
➨ Merawat masalah rambut bercabang.


Di samping mempunyai haruman yang wangi, set penjagaan rambut Asmak memberi kesan seawal sekali penggunaan tau! Bila pertama kali pakai, rambut rasa lebih lembut dan terurus. Anak - anak pun guna dan diaorang memang suka baunya yang sangat wangi. Korang boleh tengok video kat bawah ni, Gee tunjukkan demo cara penggunaan set penjagaan rambut Asmak.


Jom dapatkan sekarang untuk dapatkan rambut yang sihat dan cantik terurus walaupun bertudung!! Sekarang walaupun seharian bertudung dan berpeluh, rambut masih berbau wangi dan segar. Untuk dapatkan info lanjut atau sebarang pertanyaan, korang boleh terus klik link kat bawah ini.

SET PENJAGAAN RAMBUT ASMAK

Website : https://mham.com.my/

Facebook : @Shampoo Bunga Raya HQ

Instagram : @asmak.haircare

WhatsApp : Tekan Sini

Hotline : 019-9708897





Lirik Lagu Temberang, Ayda Jebat | Bila kali pertama anak - anak dengar lagu Temberang ni, diaorang seronok pulak menyanyi dan berjoget. Maybe sebab lirik dia yang Aduh Aduh Aduh tu plus muziknya yang rancak. Korang suka lagu ni tak? Jom karoks!!


LAGU : TEMBERANG
PENYANYI : AYDA JEBAT
KOMPOSER : HAEL HUSAINI & EZRA KONG
LIRIK : HAEL HUSAINI, EZRA KONG, AYDA JEBAT

Duh’ aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Duh’ aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh silap besar abang
Aduh aduh kalau kau temberang

Bilang pada ku, Apa kau mahu,
Mahu diriku, Dekat dekat tapi engkau malu
Katakan saja, Ku yang kau punya
Janji bahagia, Jangan biar tunggu lama-lama
Kerna ku mahu kau selamanya untukku
Katakan engkau mahu

Duh’ aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Duh’ aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh silap besar abang
Aduh aduh kalau kau temberang

Hadir dirimu dalam hidupku
Biar selalu malam - malam ku impikan kamu
Kerna ku mahu kau selamanya untukku
Katakan engkau mahu

Duh’ aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Duh’ aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh silap besar abang
Aduh aduh kalau kau temberang
Duh’ aduh aduh aduh aduh abang

Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang
Aku tahu kau suka kerna aku juga sama
(Jangan kau temberang)
Aku tahu kau suka kerna aku juga sama
(Jangan kau temberang)

Jangan kau temberang
Jangan kau temberang


Gee bukan seorang peminat Ayda Jebat. So so je. Setakat tengok drama beliau berlakon dan dengar lagu beliau di radio. Btw, sebenarnya Gee lebih suka tengok gambar Ayda Jebat bertudung. So kita up gambar bertudung. ❤
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ►  2025 (2)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ▼  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ▼  February (6)
      • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junio...
      • Tips Menjadi Dropship Yang Berjaya
      • Dapatkan Koleksi Diecast Jenama Terkenal, Murah da...
      • Set Penjagaan Rambut Asmak Sesuai Untuk Seisi Kelu...
      • Lirik Lagu Temberang | Ayda Jebat
      • Pengalaman Menarik di Farm In The City Seri Kembangan
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab