Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Assalamualaikum 💜

Hi korang! Korang pernah tahu tak ada produk untuk cerahkan kulit dan bagi kesan awet muda hanya dengan kemam - kemam sahaja! Sekarang bukan susah nak dapatkan kulit yang sihat. Korang hanya perlu pastikan produk pencerahan yang korang nak ambil itu produk yang selamat, halal dan berkesan untuk kecantikan serta kesihatan kulit.


Gee suka gunakan produk lebih kepada kesihatan terlebih dahulu. Ini kerana bagi Gee bila dah dalaman kita sihat, baru akan menyerlahkan kecantikan luaran itu. Bukan lah kata nak cantik seperti Siti Nurhaliza, Fazura, Maya Karin... Cuma biarlah dapat kulit yang sihat, tiada cela jerawat dan jeragat, kulit lembab dan juga selesa untuk berhadapan di khalayak ramai. Ini boleh membantu kita jugak tau untuk rasa lebih confident! 

Kalini Gee nak share dengan korang berkenaan produk yang berwarna pink, yang mempunyai serbuk yang sangat sedap sehinggakan korang kena sorokkan daripada anak - anak kecil. Haha!! 

Kulit Sihat dan Cantik Dengan Haura Miracle Bright


Haura Miracle Bright merupakan produk kecantikan dan kesihatan yang dimiliki oleh Bumiputera Malaysia di mana ia selamat dan mendapat sijil kelulusan halal. Ia juga dikilangkan di kilang mempunyai taraf GMP di mana setiap produk yang dihasilkan mengikut standard dan piawaian kebersihan yang telah ditetapkan. 



Ramuan utama yang terkandung di dalam Haura Miracle Bright pula terdiri daripada ekstrak biji anggur, ekstrak delima, ekstrak sakura, ekstrak rasberry dan Vitamin C. Ramuan - ramuan ni bukan sahaja baik untuk cantikkan kulit malah elok juga untuk kesihatan dalaman.

Manfaat Ramuan Utama Haura Miracle Bright


⦿ Ekstrak Biji Anggur
⦿ Ekstrak Delima
⦿ Ekstrak Sakura
⦿ Ekstrak Rasberry
⦿ Vitamin C

Khasiat dan Manfaat Haura Miracle Bright



Tengok ramuan dia macam best kan? Patutlah Gee makan 1 sachet rasa macam tak puas! Sedap sangat! Jom Gee share apa bagusnya kalau amalkan Haura Miracle Bright ni.

⇒ 8X lebih cerah dgn khasiat glutathion.
⇒ Memberi kesan seawal 3hari.
⇒ Mencerahkan dan mencantikkan kulit. 
⇒ Memutihkan kulit muka dan seluruh badan. 
⇒ Melembut, melembap dan mengawal minyak pada kulit. 
⇒ Menghapuskan jerawat. 
⇒ Anti penuaan, pigmentasi dan jeragat. 
⇒ Meningkatkan pengeluaran kolagen semulajadi. 
⇒ Awet muda dan anti kusam. 
⇒ Memperbaiki sel kulit mati dan mengecilkan liang pori. 
⇒ Melawaskan pembuangan sekaligus dapat membuang toksin dalam badan.

Cara Pengambilan Haura Miracle Bright


Cara pengambilan Haura Miracle Bright ni sangat mudah tau! Korang ambil 1 sachet kemam - kemam je sebelum makan. Korang boleh ambil waktu makan pagi ATAU waktu malam sebelum tidur. Korang boleh tengok video yang Gee sediakan ni!


Apa Kata Mereka Yang Dah Cuba!






Dapatkan Haura Miracle Bright Untuk Kulit Yang Lebih Sihat!!


Formula Haura Miracle Bright daripada 100% ekstrak buah - buahan ini sememangnya terbaik!! Produk ni pun takde kolagen tau! Semua dari bahan semulajadi! Korang nak flawless dan yang penting kesihatan kulit terjaga dengan Haura Miracle Bright? Korang boleh hubungi info kat bawah ni :

Facebook : https://web.facebook.com/eddiera.irfan

WhatsApp : 012 9249130







Tajuk Drama : Bahagia Bukan Bidaan
Jumlah Episod : 15
Masa Siaran : Setiap Isnin Hingga Rabu ( 10 malam )


Barisan Pelakon : Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Lisdawati, Fauzi Nawawi

Korang layan ke drama Bahagia Bukan Bidaan ni? Gee belum lagi terjebak cuma terpanggil untuk share di blog post sebab Gee suka pelakon yang ada dalam drama ni. Otai otai wei!!! Timing drama pulak timing kena tidurkan Geng 4A tu so live episod selalu terlepas. Maybe kena layan online sebab baca sinopsis macam best pulak kalau layan! Alaaa 15 episod je u olls, sekejap je habis! Haha. Meh nak share sinopsis ringkas drama Bahagia Bukan Bidaan ni.



SINOPSIS BAHAGIA BUKAN BIDAAN

Kisah Ain Farhana yang sanggup mempertahankan rumah tangga yang terbina dengan Azlan selama 16 tahun demi anak mereka. Namun Hana tekad ingin bercerai selepas mengetahui Azlan mempunyai skandal dengan Aina, eksekutif yang bekerja di syarikat sama. Hana tidak tahan lagi dengan sikap Azlan yang tidak pernah berubah. Azlan yang dicabar menceraikan Hana dengan talak satu dan mahu rujuk kembali. Hana yang enggan, dihalang oleh Azlan untuk berjumpa dengan anakya. Hana mula hilang arah dan mengalami kemurungan.


Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta Nik tidak pernah bersambut. Hana mahu hidup sendiri tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Kasih disulam menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu? Hana mula lelah dengan kebenaran yang tersingkap. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua?


So korang yang sedang follow drama ni rasa best tak drama ni? Atau so so je?

Assalamualaikum 💛

Kalau datang ke Terengganu, tempat mana yang korang wajib singgah? Mesti kebanyakan jawapan korang adalah PANTAI!!!!! ( siap tanda seru tu sebab excited teringat pantai )Haha! Gee sendiri walaupun tanah air di Terengganu, jawapan Gee pun PANTAI!!! Tak tahu kenapa bila dapat tengok pantai, laut, kaki laut, kepulauan, air biru laut menjadikan jiwa ni sangat tenang dan damai.


Kat entry ni Gee nak recommendkan penginapan yang selesa, murah dan berdekatan dengan pantai yang cantik iaitu Pantai Mengabang Telipot, Batu Rakit, Kuala Terengganu. Gee sendiri dah pun menginap dan merasa sendiri pengalaman di homestay ni, so rasa macam menarik jugak kalau share kat blog. Manalah tahu kot korang ada perancangan nak datang ke Terengganu, boleh juga jadikan homestay nie sebagai senarai homestay yang korang boleh check in nanti.

Pertama Kali di MAQAQ Homestay Kuala Terengganu


Baru - baru ni, Gee dan blogger Mek Yunie ada buat plan nak tengok wayang di Kuala Terengganu. Mek Yunie dari Kelantan so Gee fikirkan syok juga dapat bercuti di homestay terdekat bersama family Mek Yunie. Sesekali mencari aura baru untuk dapatkan mood baru. Hehe. Maka, kami dapat menginap di MAQAQ Homestay ini 2 hari 1 malam. 

Tenang dan Damai Suasana Kampung di MAQAQ Homestay


MAQAQ Homestay akan memberikan pengalaman percutian yang damai untuk korang. Suasana sekeliling memang tenang je dengan pemandangan pokok hijau, rumah - rumah kampung lain yang ada dan juga tiada kesibukan jalan raya. Maqaq Homestay ni ada 3 unit yang dibuat homestay dan juga 1 unit dijadikan tempat mesyuarat atau kelas. Jom Gee share lebih details lagi berkenaan MAQAQ Homestay ni.

Kelebihan Menginap di MAQAQ Homestay

1. Terdapat 3 Unit Homestay 


MAQAQ Homestay bukan sahaja menyediakan sebuah rumah malah terdapat 3 unit homestay yang korang boleh menginap. Kalau rombongan sebuah bas ni boleh sapu bersih semua homestay. Mudah dan menjimatkan! Korang dah tak perlu pening fikir nak homestay yang lokasi yang berjauhan antara satu sama lain.

2. Setiap Homestay Mempunyai 3 Buah Bilik Tidur



Untuk sebuah homestay, terdapat 3 bilik tidur iaitu 1 bilik katil queen, 2 bilik lagi disediakan 2 katil single. Dalam bilik tidur pun ada ruang untuk solat. 

3. Bilik Tidur, Ruang Tamu dan Ruang Makan Berhawa Dingin


Bilik tidur di MAQAQ Homestay mempunyai penghawa dingin bagi memberikan keselesaan yang optima buat semua yang menginap di sini. Size ruang tamu juga luas dan boleh memuatkan ramai lagi keluarga kalau hampar toto. Ruang tamu dan ruang makan mempunyai penghawa dingin yang pasti memberikan keselesaan kepada korang dan keluarga nanti.

4. Mempunyai Kelengkapan Dapur Yang Lengkap dan Mesin Basuh


Bagi memberikan keselesaan maksima pada mereka yang menginap, MAQAQ Homestay ada menyediakan pelbagai kelengkapan dapur seperti gas stove, rice cooker, water heater, toaster dan freezer. Kalau punya anak kecil macam Gee ni, memang kelengkapan dapur ni satu keperluan kalau nak menginap di homestay. Selain itu, mesin basuh juga disediakan bagi memudahkan mereka yang menginap di MAQAQ Homestay ini. 

5. Ruang Parking Yang Luas


Kalau korang nak tahu, MAQAQ Homestay ini mempunyai tapak parking yang sangat luas. Nak muatkan kereta sehingga 10 buah pun takde masalah. Anak - anak Gee boleh main pulak sebab ada kawasan mereka boleh bermain dengan selamat.

6. Kawasan Homestay Berpagar Dengan 2 Pintu Utama


Korang tidak perlu risau soal keselamatan kenderaan atau sepanjang penginapan korang di MAQAQ Homestay ni sebabnya semua homestay dibina dalam kawasan berpagar. Sebab tu Gee boleh lepaskan anak - anak main kat luar rumah homestay!! Hehe.

7. Owner Tinggal Dalam Pagar Homestay



Sekiranya korang dari luar Terengganu, korang boleh dapatkan pertolongan dan tips ke tempat menarik di Kuala Terengganu daripada owner homestay sendiri. Rumah owner yang terletak di dalam pagar yang sama dengan homestay akan memudahkan mereka yang menginap di MAQAQ Homestay dalam apa jua perkara.

Tempah MAQAQ Homestay Untuk Majlis Perkahwinan


MAQAQ Homestay juga menerima tempahan untuk mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di sini. Pasti tetamu selesa sebabnya ruang hadapan homestay sangat luas dan boleh dirikan 3 atau lebih khemah untuk kenduri itu nanti. Ada banyak tema wedding outdoor korang boleh pilih. Boleh buat tema wedding garden, tema wedding traditional, dan macam - macam lagi tema yang menarik korang boleh buat.

Lokasi MAQAQ Homestay Sangat Strategik




Penginapan di MAQAQ Homestay sememangnya pilihan yang bijak kerana sangat berhampiran dengan tempat menarik di Terengganu. Selain pantai, ada banyak lagi kemudahan dan tempat menarik yang berhampiran dengan Maqaq Homestay ini. Antaranya ialah :

➨  Pok Nong Ikan Celup Tepung ( ICT ) : 1 km
➨ Airport : 7 km
➨ Taman Tamadun Islam : 15 km
➨ Bandar Kuala Terengganu : 20 km
➨ Restoran NR Seafood Village : 500 m
➨ Restoran Ikan Bakar Petai : 500 m
➨ Petrol pump : 1.5 km
➨ Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) / Unisza : 5 km
➨ Institut Latihan Perindustrian ( ILP )  : 3 km
➨ IPG : 1 km
➨ Pasar Segar Maras ( tempat penjualan ikan dan bahan mentah segar ) : 200 m
➨ Jeti / tempat ikan dinaikkan : 200 m
➨ Kemudahan rekreasi ( buaian kayu) di Pantai Mengabang Telipot
➨ Berdekatan Hypermarket - Tree Leaf, PXR, Hock Kee Seng : 1 - 3 km 
➨ Mydin / Giant : 10 km
➨ Pulau Warisan - Kesenian Pasar Payang : 25 km


Jom Cuti - Cuti Terengganu di MAQAQ Homestay!!!


Korang kalau datang Ganu jangan lupa roger - roger i'olls wokey.. Kalau sedang merancang dan mencari penginapan, korang boleh menginap di MAQAQ Homestay ni. Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi info kat bawah.

MAQAQ HOMESTAY

Facebook : MAQAQ Homestay

Hubungi : 019 328 0819 ( Deyla )



TAHNIAH KONTINJEN TERENGGANU!!!



KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR TERENGGANU SEMPENA SUKMA 2018

Pihak Kerajaan Negeri Terengganu merakam ucapan tahniah dan syabas kepada Kontinjen Terengganu yang telah beraksi dengan cemerlang dan berjaya memungut 56 pingat emas, 51 pingat perak dan 53 pingat gangsa seterusnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan SUKMA 2018.

Tahniah juga diucapkan kepada Azreen Nabila Binti Alias yang telah menerima Anugerah Atlet Wanita Terbaik SUKMA Perak 2018.


Kejayaan Kontinjen Negeri Terengganu merampas kembali gelaran Juara SUKMA ini sekaligus melunaskan "Win Back Mission" yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam catatan sejarah ini.

Harapan saya dengan kejayaan ini dapat membawakan roh riadah dan menggalakkan lagi aktiviti bersukan kepada rakyat Terengganu dalam menjalani gaya hidup yang sihat dan sejahtera.

Bagi meraikan kejayaan Kontinjen Terengganu di SUKMA 2018, pihak Kerajaan Negeri Terengganu dengan ini mengisytiharkan 30 September 2018 iaitu hari Ahad sebagai cuti peristiwa bagi Negeri Terengganu.


Majlis Meraikan Juara SUKMA 2018 bersama kontinjen atlet serta pegawai juga akan diadakan pada hari Ahad (23 September 2018) jam 5.00 petang di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu.

Terengganu Maju Berkat Sejahtera

Dr Ahmad Samsuri Bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu

Sumber : https://web.facebook.com/DrAhmadSamsuri/
Cheese, cheese and more cheese! And the best part is, it’s for free! Domino’s Pizza is splurging on giving free extra cheese for all pizzas to all its customers.



It is no secret that Cheese is the key ingredient to pizzas as it brings together all the flavors of the pizza toppings. Known for its promise in delivering value in exciting ways and forms, Domino’s Pizza is delighted to offer customers an enjoyable experience with one of Malaysia’s favorite ingredients. Inspired and always driven by its customers love for cheese, Domino’s is expected to give out free extra cheese from now until 7 October, 2018. 


Shamsul Amree, Deputy President, Operations, Domino’s Pizza Malaysia and Singapore, said, “Domino’s Pizza is committed to enrich the lives of our customers and we are pleased to create value by giving extra cheese on all pizzas, without any additional cost for the entire month of September. The fact that many would opt for extra cheese is a strong indication of Malaysians love for cheese. This has inspired us to create this value campaign, especially to give back to our customers.” 

“With current sentiments, customers are more cautious and thrifty with their spending. We understand what they may be facing and this was at the forefront of our thoughts as we created this campaign. We are proud to offer the best deals in town for our customers and we hope our customers will enjoy this month-long free cheese for all, in celebration of our love for all Malaysians.”
Committed to ensuring high quality products for its customers, Domino’s Pizza uses a specially developed cheese for its pizzas. It’s new and improved Mozzarella cheese presents a luscious, indulgent and creamy taste, the perfect combination for cheese lovers. As appealing as the taste, is the stringy and melted cheese texture in every bite that enhances the taste of the pizza toppings, without overpowering it.


During the campaign period, all pizzas will be topped with extra cheese for items bought as ala carte or through Domino’s various value for money deals. For even greater value, order the 2 Pizza Deals with free extra cheese at only RM28.30, RM47.15 and RM66.05 for the two Regular pizzas, two Large pizzas and two Xtra Large pizzas respectively. *Surcharge applies.


Get your extra cheese at all Domino’s Pizza stores. Visit our stores, order online at http://www.dominos.com.my/, or call 1300-888-333 to make an order. 


To learn more about Domino’s Pizza Malaysia’s Value Campaign as well as other ongoing promotions, visit us at http://www.dominos.com.my/.
HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD ARSYAD!!


Alhamdulillah, anak sulung dah berusia 8 tahun. Maka dengan itu sudah 8 tahun bergelar seorang ibu.. Happy Mothers Day to me! Hehe..


Dah Lama Request Makan di Sushi King



Arsyad dan Amani suka sangat makan sushi. Biasanya beli kat pasaraya je. Sekali haritu dia ternampak Sushi King ni, so memang mengidam lah dua beradik tu nak makan sushi kat Sushi King. 

Sebenarnya, Gee bukanlah penggemar sushi. Tekak boleh je terima, tapi rasanya Gee prefer burger lagi kot! Haha! Incik suami pun biasa biasa je dengan sushi ni. Tapi Arsyad & Amani ni kalau nampak memang disuruh beli!

Alhamdulillah Birthday ke 8 Arsyad, boleh bawa dia makan di tempat yang paling dia teruja sangat,terasa kepuasan ibu ayah. Haha! Anak dah besar, dah ada kehendak sendiri. Tapi tak semua kehendak dia nak kena kita penuhi. Biar berpada - pada dengan ekonomi jugak. Hehe.

First Time Makan di Sushi King



Memandangkan itu kali pertama kami ke Sushi King makanya kami order ikut sedap mata memandang aje. Anak - anak excited dah memilih sushi yang duk lalu lalang kat tepi. Kemain hangpa makan sushi bersusun pinggan!


Harga sushi berdasarkan warna pinggan. Tapi kanak - kanak ni main amek aje tapi nasib baik amek dan makan! Kalau amek saja baik tak payah bawak, rugi oii! Haha! Kalau nak budget, korang boleh tengok harga dibuku menu terlebih dahulu sebelum memilih dan mengambil sushi.



Layan je lah gambar - gambar selfie kami! Owh kebetulan adik Gee ada balik bercuti dengan anaknya so Gee hangkut sekali ke Sushi King. Bagi meriah sikit celebration birthday boy. Haha.






Simple Celebration Kat Rumah

Mungkin disebabkan sebelum ni Gee buat sambutan harijadi di rumah, so kali ni Arsyad pun request nak buat kat rumah. Gee ingat nak potong kek kat Sushi King je, tapi dia nak makan kek kat rumah. Katanya nak ajak kawan jiran sebelah rumah sekali. Layan kan je lah permintaan birthday boy.


Kat rumah Gee buat simple je. Just tempah kek dan ajak jiran sebelah rumah serta keluarga yang terdekat. Kalau nak tahu rumah Gee dekat je dengan rumah mak dan rumah mak saudara. Boleh lah jemput diaorang datang rumah makan kek. Hehe.

Kek birthday Arsyad Gee order daripada ZU DESSERT ( Siti Nazurah ). Ni kali ke 4 or ke 5 Gee tempah kek dari Zu Dessert ni. Kek dia sangat menepati selera Gee dan rata - rata family members Gee yang makan kek dia pun sama. Siap tanya order kat mana. Kalini Gee order kek coklat. Kek coklat dia sangat moist, toping coklat yang sedap gila, rasa kek yang tidak terlalu manis dan memang berbaloi - baloi nak tempah lagi!! Thank you Zu!!!


Done episod birthday my number one. Next bulan November pulak, episod birthday puteri puteri. Entah apa pulak request si Kakak Amani pulak nanti. Jimat sikit double celebration dengan Ardini sebab date selang beberapa hari je. Ke ada nak sponsor birthday mereka nanti? Wah!!! Jadi triple celebration! Haha! 

Apa apa pun, sentiasa buat yang terbaik untuk hari ini dan esok. Kalau ada yang membenci, buatlah dengan niat yang baik, mudah - mudahan diberkati olehNya. 






Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ►  2025 (2)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ▼  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ▼  September (14)
      • Kulit Cerah Dan Flawless Dengan Haura Miracle Bright
      • Drama Bahagia Bukan Bidaan TV3
      • MAQAQ Homestay Kuala Terengganu | Murah, Selesa & ...
      • TERENGGANU Cuti Peristiwa Sempena Juara Sukma 2018
      • Domino’s Spreads Love with Free Extra Cheese For ...
      • Pertama Kali ke Sushi King Sempena #ArsyadTurns8
      • Design Sendiri Hadiah Istimewa Hanya Di Printcious
      • Mr Celup Tepung Station : Tempat Makan, Lepak dan ...
      • IMAAN Fruitea Daily Detox | Teh Kurus Yang Sedap
      • Hadiah Craft Murah dan Comel dari Cik Renex
      • Qas Homestay di Kondominium Pelangi, Kota Bharu
      • Layan Movie Hantu Kak Limah Bersama Geng Blogger
      • Imaan Suci Wipes | Mudah Tanggalkan Make Up
      • Jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code!
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab