Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Bertuah rasanya harini, 25 April 2018, Gee berpeluang untuk mengikuti Program Tanggungjawab Bersepadu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Setiu, Terengganu. Misi utama program ini adalah menyatukan lembaga hasil dengan masyarakat sekeliling melalui pelbagai aktiviti serta pencerahan yang lebih jelas berkenaan maklumat percukaian.  

Bersama blogger Sis Hawa dan blogger Husniey Husain

Persembahan Koir
Encik Muhammad Hanafi Iberahim, Penghulu Kanan Daerah Setiu (dua dari kiri), Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM (satu dari kiri), Puan Zalina Chik, Pengarah LHDNM Cawangan Kuala Terengganu (dua dari kanan), Encik Mohamad Rosli Mamat, Timbalan Pengarah Cawangan LHDNM Kuala Terengganu (satu dari kanan) semasa merasmikan Program Tanggungjawab Sosial LHDNM 

Kesinambungan usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam memperkasa aktiviti kemasyarakatan menerusi aktiviti tanggungjawab sosial (Social Responsibility) diteruskan dengan penyerahan sumbangan alat bantuan mengajar kepada lima buah sekolah terpilih di daerah Setiu, Terengganu iaitu : 

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penarik

2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap

3. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong

4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera Jaya

5. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntong






Bertempat di Laman Seri Rhu 10, Setiu, program Tanggungjawab Sosial (SR) LHDNM tersebut telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Hanafi Iberahim, Penghulu Kanan Daerah Setiu. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM, Tuan Hj. Ngah Bidin, Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Hj. Badrulhisham Hj. Shafie, Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Setiu, Puan Rozina Shaik Osman Merican, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM, Puan, Zalina Chik, Pengarah LHDNM Cawangan Kuala Terengganu, Pegawai-pegawai Kanan LHDNM dan para guru serta pelajar dari sekolah yang terlibat. 

Pengetua / wakil sekolah bergambar bersama-sama tetamu kehormat
Datuk Noor Azian dalam ucapan beliau berkata “Program SR LHDNM pada hari ini merupakan bukti bahawa LHDNM komited dan tidak pernah jemu untuk berkongsi manfaat cukai kepada masyarakat serta berusaha meningkatkan kesedaran cukai dalam kalangan rakyat menerusi pengedaran risalah percukaian dan pembukaan kaunter perkhidmatan”. Beliau juga mengharapkan agar sumbangan yang disampaikan kepada sekolah-sekolah terpilih di Daerah Setiu ini sedikit sebanyak akan membantu pihak sekolah dalam menyediakan fasiliti yang lebih selesa kepada para pelajar sekaligus dapat membantu sekolah untuk mencapai tahap akademik yang lebih cemerlang pada masa hadapan.


Sebagai rekod, pada tahun ini sebanyak lima program tanggungjawab sosial telah berjaya dilaksanakan oleh LHDNM setakat ini bermula dengan Program Pembersihan Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, diikuti dengan Penyerahan Sumbangan Cermin Mata kepada 150 orang pelajar kurang berkemampuan di kawasan Bachok dan Tumpat, Kelantan, seterusnya penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 32 buah sekolah dalam Parlimen Jerlun, Kedah, penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 5 buah sekolah terpilih di Bukit Mertajam dan penyerahan sumbangan dua unit Alat Bantuan Mengajar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa Kuala Lumpur baru – baru ini. 

Bersama Membangun Negara #HASIL
Manfaat Cukai Untuk Semua #HASIL
Cukai Memakmurkan Malaysia #HASIL

Be a Responsible Tax Payer
#HASIL #malaysiahasil #ezhasil #lhdnmcsr #lhdnmsocialmedia#lhdnmbloggers #lhdnmlongestwalk #sayangmalaysia
Rugi tak grab peluang jarang-jarang ada dari LAZADA ni. Manalah tahu ada peluang Sis Gee menang lagi seperti contest yang lepas. Hehe.


Bersempena dengan anniversary Lazada ke 6 ni, Lazada telah melancarkan " The Birthday Festival Sale "( https://www.lazada.com.my/birthday-sale/ ) bermula 25 hingga 27 April 2018 di mana korang boleh menikmati lebih dari 1000 flash deals, diskaun sehingga 90% atas pembelian pelbagai jenama dan produk, eksklusif vaucher dan pelbagai lagi!

Untuk menyertai contest ini, ada 4 soalan blogger mesti jawab! Jom Gee share dengan korang apa yang akan Gee lakukan sekiranya Gee diberi peluang menjadi party planner untuk Lazada's 6th Birthday Party.

1. Which location would you pick for Lazada's birthday party?

Lokasi yang Gee pilih adalah sebuah pulau. Memandangkan, sambutan harijadi hanyalah setahun sekali tak salah sesekali lari dari kesibukan kerja sekejap. Pulau yang menjadi pilihan hati adalah Pulau Perhentian, Terengganu. 



2. Choose a party theme and pick one or several products on Lazada to decorate the venue.

Tema party ' Beach Party '. Untuk buat party di tepi pantai, Gee bayangkan akan penuh belon atas pasir yang putih bersih, semua having fun dengan aktviti pantai seperti bermain bola tampar pantai, duduk di tepi pantai sembang-sembang, lupa segala kepenatan kerja. 

Antara props yang mesti ada untuk dekorasi birthday party Lazada ini adalah :

Welcoming all the guest to the party!!

Balloons!!

Photo Booth Props Kits!
Ada pelbagai pilihan party goodies di Lazada!
3. Which birthday cake will be served and which products on Lazada can help you prepare it?

Colourful Cake for the celebration!
Terdapat pelbagai rangkaian produk dan jenama di Lazada yang boleh membantu Gee menyediakan kek bersempena Lazada birthday party ini. Antaranya adalah :

Basic untuk baking cake!
Piping Beg!


Cake Toppers!
4. Time to shine, pick your outfit on Lazada!


pemilihan kasut atau selipar yang tepat.

Baju yang simple dan sesuai dengan aktiviti di pantai.
pemilihan tudung yang selesa!

Amacam okey tak kalau Gee jadi party planner? Haha! Korang dah join ke contest ni? Jom ramai-ramai meriahkan lagi Lazada Birthday Festival Blogger Contest!









Eh eh tetiba teringatkan pengalaman bersalinkan Geng 4A tu. Ada la tu yang fikir kot Sis Gee nak tambah A ke 5 pulak kan... Rezeki jangan di tolak, musuh jangan dicari. Tapi rezeki A ke 5 belum ada lagi so kita refresh buat throwback je la ye pengalaman bersalinkan Arsyad, Amani, Ardini dan Aqil. Hehehe. #sisokeyjeanakramai Hahahaha!


Meh Gee share apa 9 barang keperluan bayi yang sangat penting untuk si ibu dan si ayah sediakan supaya nanti tak de drama kekalutan ke pasaraya last minute mencari keperluan bayi. Heheheh!

9 KEPERLUAN BAYI YANG PERLU DIBAWA KE HOSPITAL

1. Pampers

Sedia maklum bayi yang baru lahir sangat memerlukan pampers yang banyak. Untuk mengelakkan ruam, disarankan untuk menukar pampers baby sebaik sahaja mereka membuang. Kulit bayi sangat sensitif so lebih baik kita berjaga-jaga sebelum ruam yang teruk terjadi pada kulit mereka.

2. Pakaian Bayi

Untuk newborn, memadai sediakan baju sahaja kerana baju pun dah besar untuk mereka. Tambahan pula, nanti kita akan membedung mereka untuk lebih selesa. Gee akan sediakan 3 helai baju lengan pendek dan 3 helai lengan panjang.

3. Stokin Bayi

Stokin bayi sangat penting untuk mengelakkan mereka daripada kembung perut. Seperti ibu berpantang, pemakaian stokin sangat penting kan? Belikan stokin yang material cotton dan tidak terlalu tebal serta tidak terlalu nipis. Memadai sediakan 4 pasang stokin untuk di bawa ke hospital.

4. Barut Bayi

Pemakaian barut bayi yang konsisten serta terletak elok pada perut bayi dapat mengelakkan perut bayi kembung. Ikatan barut jangan terlalu ketat sehinggakan menyukarkan bayi untuk bernafas. Material barut mestilah kain cotton yang sejuk. Untuk ke hospital, barut boleh disediakan 5 ke 6 helai.

5. Kain Bedung

Kain bedung ni boleh dijadikan selimut juga sebabnya size yang besar. Gee guna kain bedung untuk alas tidur baby dalam cot baby, dibuat kain bedung dan juga dijadikan selimut. Mudahkan? Alas bayi perlu kerana ada ketika bayi muntah susu atau terkena poo poo.

6. Kain Lampin

Kain lampin merupakan keperluan juga untuk kita si ibu ketika menyusu dan susu terlalu banyak. Susu ibu bila terkena kulit bayi yang sensitif akan menyebabkan ruam. Selepas menyusu, basahkan kain lampin dan lap sekitar pipi dan mulut bayi untuk memastikan mereka tidak terkena ruam susu. Memadai bawa kain lampin 4 helai untuk kegunaan 2 hari 1 malam di hospital.

7. Tisu Basah

Paling penting untuk memudahkan ibu membersihkan poo poo bayi. Keadaan ibu selepas bersalin agak sukar untuk bergerak sendiri. Makanya bila bayi poo poo, mudah untuk kita guna tisu basah untuk bersihkannya. Sediakan je 1 pack kecil tisu basah untuk dibawa ke hospital.

8. Kelengkapan Mandi

Bayi mandi tak macam anak yang berusia setahun. Hehe. Nak mudah, beli travel pack toilettaries yang ada sabun mandi, shampoo, lotion dan bedak. Semuanya pack kecil so amat mudah untuk selit je dalam beg hospital nanti.

9. Minyak Telon

Sangat penting!! Minyak telon di sapu di bahagian perot, belakang badan, tapak kaki dan belakang betis untuk mengelakkan kembung perut. Minyak telon tak perlu beli yang panas sehingga boleh pedihkan kulit dan mata bayi. Cari minyak telon yang sesuai untuk bayi serta produk lulusan KKM wokeh!

Perkara yang paling dirindui adalah saat ketika bermulanya sakit contraction sehinggalah baby keluar. Sangat rindu! Alhamdulillah Geng 4A semuanya keluar secara normal dan hanya Amani ayahnya tak sempat nak masuk labour room. Setiap anak, tahap kesakitan sangat berbeza dan tempoh sakit yang berbeza.

Si sulong Arsyad sakit agak lama..Masuk hospital raya ke dua pagi..Tapi lahirkan Arsyad raya ke 3 tengah hari. Lama kan?

Amani pulak pagi Raya Haji ke dua, sakit selepas subuh, 8.30 pagi dah buka mata tengok dunia.

Ardini paling sakit!! Haha! Tapi Ardini langsung takde demam kuning.

Aqil pulak Gee tak reti nak meneran. Adeh! Tepuk dahi doktor yang ada. Sakit selepas subuh, Kul 10 gitu selamat semuanya.

Lain anak, lain cara Allah bagi tahap dugaan dan cabaran nak melahirkan. Apa apa pun doakan yang baik-baik je, In syaa Allah dipermudahkan semuanya. Amin...
Korang dah cuba burger terbaru dari McDonalds? Mesti korang tahu kan McDonalds ada keluarkan menu baru iaitu Smoky Grilled Beef dan Hot 'N' Crispy Chicken. Gee ni kebiasaannya sangat kurang mengorder burger ayam, tapi kalini teringin pulak nak rasa burger ayam terbaru dari McD ni. TAPI!! Gee dapat MENU lain yang tiada dalam menu!! Nak tahu apa dia? Meh Gee story morykan! Hehe!



Seperti biasa Gee dan incik suami akan order medium set untuk kami dan 4 happy meal untuk Geng 4A. Malam tu kebetulan ayah mertua dan adik ipar datang rumah. So kami ajak pergi dinner McD sekali memandangkan dapurku tidak berasap pada hari tersebut. Kikiki. Ayah mertua makan medium set Big Mac dan adik ipar makan medium set ayam goreng. 

Tak Perasan Burger Lain!

Kami semua menikmati makanan masing-masing. Incik suami setia dengan double cheese burger. Cuma Gee curang sikit pada malam tu terasa nak makan burger baru McD iaitu Hot 'N' Crispy Chicken. 



Amacam gambar close up? Kalau nak tahu, kat cawangan tempat korang belum tentu ada menu ni tau! Korang perasan tak burger yang Gee dapat ni? Gambar kat atas tu ada crispy chicken, ada salad, ada mayonis, ada tomato, ada cheese, ada SOS WARNA KUNING!!!Sos kuning tu macam yang Smoky Grilled Beef punya. Hehe. 


Mudah cerita korang tengok je lah gambar asal burger Hot 'N' Crispy Chicken ni. Beza tak dengan apa yang Gee dapat?


Kenapa tak mintak tukar?

Sebab tak perasan! Plus rasa burger tu sedapppppp! Hahahahah! Cuma Gee tak dapat merasa HOT cuma dapat rasa CRISPY aje.. Tapi sedap je dengan gabungan sos kuning yang Gee tak tahu nama dan juga mayonis. Dan kami memang tak perasan itu bukan Hot 'N' Crispy Chicken! Hahaha!

Incik suami pun cuba dan tak perasan burger tu sepatutnya rupa dia lain! Hahahaha!
Dont worry Mcdonalds!! Walaupun salah menu tapi kami okey je sebab memang kami tak perasan dan burger itu sedap!! Haha! Maybe they should count this to their new recipe! 

Tok Abah and Cik Li!
Malam tu, Aqil dapat special treat daripada Cik Li and Tok Abah. Ibu makan dengan nikmatnyaaaa sampaikan tak perasan burger salah resipi. Hahahahah! 


Anak - anak pun happy dapat Hot Wheels sorang satu malam tu. Makin bertambah order happy meals bila anak - anak dah besar dan makan banyak. Sekarang kena order 4 happy meals sebab si bongsu tu pun dah pandai makan bubur ke, nugget ke. Toys pun kena sorang satu, kalau tak memang drama laaaa...


So kena plan pergi lagi sekali lah kan? Sebab nak rasa the real Hot 'N' Crispy Chicken! Hahaha!

Korang dah cuba? Sedap ke??



Kita kan, kalau mencari kedai makan, mestilah yang banyak pilihan menu dan satu kemestian keadaan kebersihan restoran adalah tip top. Kalau travel di tempat asing lagi lah nak cari kedai makan yang bersih untuk mengelakkan daripada terkena keracunan makanan. Hari ke dua trip Gee bersama lagi 2 blogger Mek Yunie dan Sis Hawa ke Pulau Langkawi, kami bersyukur dan gembira kerana dapat menikmati makanan di sebuah Restoran yang sangat menggugat jiwa dengan pilihan menunya. 



Kami singgah di Restoran Siti Fatimah untuk makan pagi sekali pakej dengan makan tengah hari disini. Kenapa sekali pakej? Sebabnya, lauk pauk tengah hari sedia terhidang dah ketika kami sampai jam 9.30 pagi. Awal kan? 

Restoran Siti Fatimah terletak di Kampung Mata Air, Jalan Makam Mahsuri, Langkawi. Restoran di buka seawal 8 pagi hingga 5 petang. Kalau datang sini dengan rombongan 2 buah bas pun takde masalah sebabnya tempat parking yang mudah, ruang makan yang luas serta pilihan lauk pauk yang banyak.

Keadaan Restoran Siti Fatimah yang luas dan bersih.
Memandangkan kami belum makan pagi di homestay, maka kami makan menu tengah hari di sini. Di depan restoran ada juga gerai makanan pagi dijual dan blogger Mek Yunie ada mencuba menu Roti Telur Cheese. BACA SINI APA MEK YUNIE KOMEN. Rugi pulak ku tak pesan sekali haritu selepas baca review Mek Yunie. Hahaha! 

Ada pelbagai menu mengikut selera orang tempatan dan juga masakan kampung. Memang rasa nak kaut je semua lauk pauk yang ada! Hahaha! Daripada masakan gulai, sup, masak lemak, masakan sayur, dan macam-macam ada kat sini. 


Untuk yang sukakan masakan pedas-pedas, korang boleh dapatkannya di Restoran Siti Fatimah ini. Tahap kepedasan yang boleh mengalirkan air mata, air hidung! Hahahaha! Untuk yang biasa-biasa macam Gee ni, pun banyak pilihan menu yang ada. Anak-anak pun boleh makan pilihan lauk yang tak pedas. 



Masakan tempatan seperti Bronok pun ada di Restoran Siti Fatimah. Tetapi bukan rezeki kami kerana kami pergi tu Bronok takde pulak. 






Untuk mereka yang suka ulam - ulaman, sambal belacan, air asam, semuanya ada di sini! Nanti siap makan bertambah u ols!!! 


Nak tahu Gee ambil lauk apa? Penuh pinggan dengan ayam goreng, begedil goreng, sotong masak apa ntah ( sedap gila ) dan juga ulam-ulaman. Gee ada tambah nasi dan lauk pauk untuk 2nd round sebab 1st round suap si kecil dulu. Tapi gambar 2nd round tak sempat snap terus ngap! Hahahah!


Owh yea!! Korang mesti cuba Sup Gamat di sini. Ni first time Gee makan sup gamat. Anak-anak pun Gee bagi makan sebab gamat ni kan bagus untuk kesihatan. Nak cari kat Teganu macam takdok je kan, so alang-alang dah jumpa ni Gee suap sorang sikit rasa. Hahaha! Nak tahu sedap ke tak? Korang mesti datang dan rasa sendiri wokeh!!

Sup Gamat
Mula - mula tadi Gee dah belanja gambar si sulong pekena Air Batu Jagung ( ABJ ). Kalau di utara Gee tak pasti orang panggil apa ABJ ni. Hahaha! ABJ penuh mangkuk siap eskrim lagi kat puncak! Kalau nak makan sorang tak habis kot. Gee ambil satu tapi share makan semua Geng 4A tu. 



Air Batu Campur (ABC) pun memikat selera u ols!
Selain daripada itu, di Restoran Siti Fatimah ada juga di jual biskut, kek dan juga snek ringan untuk anak-anak. Sempat je anak-anak Gee paww cekelat sorang sepaket dan Gee pun terbeli kek coklat sebekas. Hahahaha!


Kami berpeluang juga untuk berjumpa dengan owner Restoran iaitu Encik Farid. Pertama kali berjumpa, first impression Gee " Kemasnya dia pakai tshirt berkolar, butang sampai atas!!" Bukanlah kata nak mengorat ke hape....Ishh korang ni, incik suami i ada kat sebelah kot. Hahahaha! 

Rupa-rupanya, Encik Farid punya keperibadian memang seorang pembersih. Ni pun Gee tahu bila menggunakan tandas yang disediakan di restoran ini. Keadaan tandas tip top!! Encik Farid bagitahu yang luaran seseorang seperti cara pemakaian boleh mencerminkan keperibadian mereka. Beliau sendiri kalau nak makan di restoran lain, faktor paling utama yang beliau akan lihat ialah kebersihan kedai itu sendiri. Apa yang Encik Farid cakapkan memang terbukti kebenarannya dengan keadaan Restoran Siti Fatimah yang bersih.

Gee, Sis Hawa, Mek Yunie bergambar bersama Encik Farid.
APA KOMEN SIS GEE?

Semestinya Gee akan datang berkunjung lagi di sini. Juga! Akan di reccommend kan pada family and friends yang nak datang ke Langkawi. Rugi tau kalau pergi holiday tapi tak jumpa restoran sedap-sedap. Hahahaha! Restoran Siti Fatimah memang terbaik!!



Untuk sebarang info dan pertanyaan lanjut korang boleh hubungi : 

FACEBOOK : RESTORAN SITI FATIMAH

TELEFON : 012 473 7430

ALAMAT : BATU 5, KG MATA AIR, JALAN MAKAM MAHSURI, LANGKAWI

Assalamualaikum hijabista semua! Gee terasa rajin pula nak menulis entry berkaitan Artis dan Gaya Tudung ni. Al maklumlah Gee pun suka juga mengikut cara pemakaian retis-retis memakai tudung selagi ianya mematuhi syariah agama. Korang suka tudung macam mana? Bawal ke shawl?

Jom Gee kongsikan 8 Artis Ikon Fesyen Bertudung yang Gee suka tengok dan menjadi ikutan para peminat dan juga wanita lain.

1. MIRA FILZAH


Siapa suka Mira Filzah berlakon kita geng!! Gee suka sangat cara dia pakai tudung dalam drama - drama yang dia lakonkan. Lagi cantik bila make up dia simple simple je. Rupa-rupanya, Mira Filzah ada keluarkan jenama tudung beliau sendiri iaitu Mira Filzah Shawls. Gee dah meninjau kat Instagram bisnes tudung dia dan nampaknya memang design tudung yang dia jual jenis yang simple and sweet macam yang selalu dia pakai. 

2. DATO' SRI SITI NURHALIZA


Sejak penyanyi tersohor Malaysia ini menimang cahaya mata, di Instagram beliau sangat meriah dengan perkongsian gambar si pipi merah Siti Aafiyah. Gee suka cara Mak Iti pakai tudung bawal  dan juga shawl sebab nampak kemas dan terletak cantik. Mungkin juga disebabkan kualiti tudung atau si pemakai yang cantik tapi memang lawa tengok Mak Iti bertudung. Hehe!

3. NEELOFA


Neelofa merupakan ikon fesyen dan juga usahawan yang berjaya di Malaysia. Gee juga pernah beli beberapa helai tudung Neelofa keluaran beberapa tahun lepas. Cara pemakaian tudung Neelofa pun boleh dikatakan viral juga kan? Cuma Gee tak berapa berkenan dengan latest design tudung Neelofa. Mungkin tak kena dengan citarasa Gee. Hehe. 

4. NABILA RAZALI


Nabila Razali sekarang tengah top dengan lagu Cumi Cumi yang menjadi favourite song anak-anak Gee jugak! Haha. Style Nabila yang Gee sukanya cara dia yang simple dan pemakaian tudung pun ringkas but still bergaya. Tapi Gee lebih suka tengok bila dia make up natural macam dalam gambar kat atas tu. Hehe. Gee pernah sekali berjumpa dengan Nabila di Event Medispa di Kuala Terengganu.  << BACA SINI >> . Orangnya sangat friendly dan humble! Terbaiklah Nabila!

5. WAWA ZAINAL


Ibu yang punya lesung pipit di kedua pipinya ini dah pun mempunyai 2 cahaya mata iaitu Attar dan Hayla. Gee pernah tertukar Wawa Zainal dengan Aida Jebat suatu ketika dahulu. Hahahahah! Sejak Wawa Zainal berhijab, rasanya lagi bertambah peminat beliau sebabnya followers di Instagram beliau 1.8 juta kot!!! Perghh...Wawa Zainal ni pakai je tudung macam mana sekalipun tetap nampak cun! Haha!

6. HANIS ZALIKHA


Ibu kepada hero cilik Yusof ni sangat aktif di Instagram sehinggakan followers beliau mencecah 4.1 juta! Gee suka personaliti Hanis Zalikha ni yang simple, suka sharing info yang best-best berkenaan parenting dan juga dia sangat low profile. Pemakaian tudung Hanis pun simple macam tuannya. Haha. Korang nak tahu resipi best dan simple untuk anak-anak kecil boleh follow IG beliau. Memang banyak sangat resipi dan tips yang best dari Hanis. Check it out wokeh!

7. SITI NORDIANA


Sejak Nana menjuarai Gegar Vanganza beberapa musim yang lepas, rezeki Nana dalam bidang hiburan dan perniagaan semakin menjadi-jadi. Salute ibu tunggal seperti Nana yang bekerja keras di atas kaki sendiri. Tapi memang best wei dia nyanyi!!! Gaya bertudung Nana pun simple dan menjadi ikutan ramai wanita. Agak-agaknya, Nana dah berjumpa ke eh dengan si pecuri hatinya? Hihi. Apa - apapun doakan yang baik-baik aje ye.  

8. ROZITA CHE WAN


Siapalah tak kenal dengan Che Ta kan? Hot mummy!! Gee suka stalk Instagram si comel Aaisyah tu! Rasa geram nak geget!! Hahahah! Gee paling suka tengok Che Ta mix and match baju dia, suami dan anak-anak. Tak nampak boria tapi nampak sedondon. Cara Che Ta pakai tudung menjadi ikutan juga but not me! Hehehehe. 

Ada tak yang di atas artis kesayangan korang? 

Walau apa pun fesyen bertudung yang kita ikut dan amalkan, kena ingat juga jangan sampai lari jauh dari tuntutan agama wokeh!! For self reminder too! Sebab kadang-kadang kita terlupa dunia ni sementara je dan tidak kekal pun walau secantik dan sempurnanya kita di mata orang. Apa yang perlu kita fikirkan adalah menaik taraf diri sendiri untuk lebih cintakan Allah. 



Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ►  2025 (2)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ▼  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ▼  April (20)
      • LHDNM TERUS LAKSANA TANGGUNGJAWAB SOSIAL
      • Lazada Birthday Festival Blogger Contest
      • 9 Keperluan Bayi Yang Perlu Di Bawa Ke Hospital
      • Hot 'N' Crispy Chicken MIX Smokey Grilled Beef Burger
      • Nikmati Pelbagai Pilihan Lauk Pauk di RESTORAN SIT...
      • 8 Artis Ikon Fesyen Bertudung Malaysia
      • PART FOUR UTARA TRIP : Welcome To Langkawi
      • 5 Menu Ringkas dan Sihat Untuk Anak Kecil
      • KERIANGAN TANPA HENTI DENGAN CARRIE JUNIOR FUNTIME...
      • Syoknya Makan Malam di Tepi Muara Sungai
      • Kenapa Memilih Untuk Menjadi Blogger?
      • Merasai Pengalaman Mendekati Haiwan di WILDLIFE PA...
      • Lirik Lagu Surat Cinta Untuk Starla by Virgoun
      • Menikmati Selera Kampung Di RESTORAN SELERA AKMAL ...
      • PART THREE UTARA TRIP : Kejutan Dari Blogger Sis Hawa
      • 5 Barang Perlu Ada Ketika Travel Bersama Anak
      • Blog Popular dan Terbaik Malaysia Mac 2018
      • Kenapa Kena Booking Dulu Kalau Ke SAM CAFE WANG UL...
      • Jom Meriahkan Pesta Buku di Perpustakaan Negeri Te...
      • Marathon Dominos Pizza Hasil Dari Menang Giveaway
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ►  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab