Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Gee dulu kan pantang kalau orang bagitahu buat ni kulit cantik, ambil daun ni nanti daki hilang, lumur ni kat badan nanti kulit lembut. Mesti rasa nak mencuba. Tak tahu kenapa Gee dulu suka mencuba petua-petua kecantikan dari bahan-bahan semulajadi ni.  

Waktu tu umur gee darjah 5 atau darjah 6 camtu. Tak tahu lah apa sindrom or hormon masa tu. Nak tahu apa yang Gee amalkan petua kecantikan tradisional orang dulu-dulu? Jom baca!

TIPS DAN PETUA KECANTIKAN SECARA TRADISIONAL


1. PUTIH TELUR AYAM KAMPUNG DIJADIKAN MASKER WAJAH


Dulu rumah mak ada bela ayam. So kalau gee nampak ada telur mesti Gee ambil sebiji. Lepas tu Gee akan pecahkan & asingkan telur putih & kuning. Telur kuning kita simpan dalam peti. haha. Ambil telur putih pastu sapu kat seluruh kulit muka. Bila dah kering, kulit akan rasa tegang tau! Kita biarkan dalam lebih kurang 10 minit ke 15 minit. Masa keadaan kulit tegang ni, mulut kena kunci rapat tak boleh nak sembang dah. hahaha. Selepas 15 minit, basuh muka dengan air biasa. 

Nak tau best ke tak kulit? Korang kena try lah! Mesti rasa nak buat selalu je nanti! Kulit rasa lembut sangat! Rasa anjal gitewww...hahaha..

2. AMPAS KELAPA BUAT SCRUB BADAN


Kalau dulu biasa kan mak-mak kita mesin sendiri je kelapa tu nak ambil santan kelapa buat masak gulai. Sekarang pun ada lagi yang guna mesin kelapa tu cuma kebanyakkannya beli santan dari kedai je lagi cepat & mudah!hehe. Kisahnya, gee suka ambil ampas kelapa yang mak dah perah tu. Kata orang ampas kelapa ni elok nak bagi kulit bersih, hilang segala daki. Caranya, sebelum mandi ambil ampas kelapa, kita scrubkan ke seluruh badan. Biar seketika. Lepas tu bilas dan mandi seperti biasa. 

Kesan dia kulit badan jadi licin u ols! Terasa lembut je. Korang cubalah kalau takde ampas tu, cuba tanya kat kedai yang jual santan. Mesti ada kan. Haa bukan ke senang nak buat scrub badan sendiri? Hehe. 

3. BUAH LIMAU PURUT MENYIHATKAN DAN MELEMBUTKAN RAMBUT


Biasanya daun limau purut kita guna dalam pelbagai jenis masakan. Kalau korang perasan ada syampu rambut yang berasaskan buah limau purut. Rupa-rupanya best gila kot guna limau purut asli kat kepala. Amalan ni Gee cuba masa balik rumah kawan baik masa kat sekolah dulu. Nama dia Ila. Petua ni dia pun selalu amalkan.

Caranya, potong buah limau purut tu kepada 4 atau 6. Lepas tu gosokkan buah limau purut di rambut dan seluruh kulit kepala. Dengan bau dia yang sangat segar memang kulit kita pun rasa sangat best! Rambut menjadi sangat lembut dan semestinya wangi!

4. AIR BERAS ELOK UNTUK MUKA


Ni pun Gee cuba jugak tau! Orang kata air beras sangat elok untuk kulit muka. Dulu kan kalau mak nak masak nasi, awal-awal bagitahu Gee nak air beras. Cara Gee buat senang aje. Air basuhan beras tu Gee ambil dan basuh ke seluruh wajah. Selepas beberapa minit, bilas dengan air biasa. Petua orang tua-tua, air beras ni membantu mencerahkan kulit dan menghilangkan masalah jerawat. Petua ni paling senang kan? Sebab kat rumah memang semua ada beras so selamat mencuba ye!



Best tak petua Gee amalkan masa kecik dulu? Tapi dah berumur ni tak pulak amal. Adeh! ( tepuk dahi ) Takpe Gee share kat korang. Yang bujang tu sebelum ada komitment yang bertambah-tambah selepas kahwin bole amalkan ye!!Bila dah ada anak ramai ni bukannya tak nak buat tapi masa itulah. Dapat buat entry kat blog pun dah rasa bersyukur sangat dah. Hahaha.

SELAMAT MENCUBA DARLS!!!
Gee tak tahu bila usia dah semakin meningkat ni, entah kenapa baru disedari banyak juga situasi Gee perlu untuk SELFISH. Terasa tua disitu. Hahaha. I ols muda lagi tau, sweet 30++.. Haha.

SELFISH FOR BENEFIT. Selfish tu sendiri dah tahu kan maksudnya pentingkan diri sendiri. Benefit tu pulak kebaikan. Dah kenapa pentingkan diri sendiri mendatangkan kebaikan? Kat sini Gee share beberapa situasi perlunya kita selfish untuk kebaikan ni.

SITUASI PERLU PENTINGKAN DIRI SENDIRI UNTUK KEBAIKAN SEMUA

1. MELIBATKAN ANAK-ANAK

Seorang ibu atau seorang ayah selalu inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Andai kata ada orang lain nak bawa anak kita pergi ke taman, tapi kepercayaan kita pada orang tu macam tak sampai pun 80%, so lebih baik kita tak memberi keizinan. Kita tak tahu mungkin anak kita berada di luar kawalan orang yang menjaga itu sebab orang yang jarang-jarang jumpa ni tak tahu perangai sebenar anak kita kan. Dah kalau terjadi apa-apa masalah, yang susah siapa? Anak kita semestinya, kita ibu ayah dah tentulah dan orang yang membawa anak kita keluar tu pun sama terlibat. 

2. TEMPAT YANG TIDAK SESUAI

Kalau ada kawan mengajak ke kedai makan di malam hari, di kawasan yang sunyi adakah kita ingin menerima perlawaan tersebut? Walaupun yang mengajak itu juga perempuan, kawan baik sendiri. Walaupun pergi berempat, berlima. Sesuatu tindakan yang dibuat harus difikir akibat dan juga kesannya. Kenapa perlu ke kedai makan yang sunyi tiada orang lalu lalang sedangkan banyak lagi kedai makan yang penuh orang sekeliling. 

3. KEADAAN KESIHATAN

Dah tahu kesihatan tak mengizinkan kenapa nak sedapkan hati orang lain demi kepentingan orang lain. Fikir diri sendiri dahulu. Nak menolong orang akan tetapi diri sendiri pun jalan bertongkat. Nak bagi nampak maksud Gee di sini contohnya diri sendiri dilanda demam, sakit kepala, pening akan tetapi bila kawan mintak tolong teman beli barang, setuju aje padahal keadaan diri tengah sakit. Adeh!

4. DAH TAHU APA YANG AKAN BERLAKU

Ni lagi satu hal. Orang kata dah tahu ada masalah, dibuatnye juga nak cari masalah. Dah kenapa kita perlu berkorban untuk orang lain padahal kita dah tahu sendiri juga yang akan merana. Sebagai contoh, di minggu study week. Exam masuk chapter 1 sampai 4. Tetiba ada kawan datang suruh ajar chapter 4 sebabnya chapter 1-3 semua dah buat ulangkaji so tinggal chapter 4 tak berapa nak paham. Dah diri sendiri ni chapter 1 pun semput baru nak hadam, ada lagi 3 chapter nak habiskan. So perlu ke kita menolong kawan tadi tu sedangkan kita nak jawab exam soalan 1 pun belum tentu boleh lepas. Sendiri fikir ye. 

5. REALITI SEBENAR

Pernah dengar tak pepatah, ' Biar Papa, Asal Bergaya'. Kalau dah takde duit janganlah cari pasal nak belanja orang pulak. Adeh. So kalau makan ramai-ramai, dah habis semua makan minum, sembang pun dah krikk krikkk tapi semua buat tak tahu je. Agaknya tunggu duit jatuh dari langit untuk bayar semua tu. Kita ni duit dalam poket ada rm10 je cukup untuk membayar makan minum yang diri sendiri. Dah tu nak buat apa? Bayar jelah untuk diri sendiri. Lantaklah orang kata kedekut apa. Dah duit ada banyak itu aje. Hahahaha. Nasib lah orang lain kan. Masa mengoder idok pikir nak membayarnya. Hahahah..


Tapi sedih kan bila kita selfish untuk kebaikan ni tak semua pandang baik tau. Orang akan cop kita macam-macam. Tak terkejut kalau kena cop kedekut sebab kita berjimat, pemalas sebab rumah bersepah padahal orang tak tahu kita tak kemas rumah sebab apa, dan sebagainya. 

Tapi Allah tahu apa niat kita. Sebab tu ada situasi perlunya kita selfish ni. Lantak orang nak kata, yang penting Dia yang satu tahu semuanya. 

By the way thank you untuk mereka yang sudi join Gee punya first giveaway. Nanti Gee update senarai peserta yang dah join ye..Korang nak join?Boleh click link kat bawah ni :

<<<< " SIS GEE FIRST GIVEAWAY " >>>>
Assalamualaikum semua!!

Korang pernah masak nasi minyak tak? Gee selalu je makan nasi minyak tapi untuk membuat tu memang tak pernah sebab asyik duk fikir macam susah aje nak membuatnya. Semalam, Gee masak nasi minyak untuk breakfast. Kalau belah Pantai Timur ni kami memang dah biasa breakfast nasi. Suami pun orang Ganu jugak. So kalau pepagi dah memang biasa sangat makan nasi. Hehe.

Bila Gee tengok haritu SIS HAWA update RESIPI NASI MINYAK RINGKAS. Terasa nak mencuba pulak. Gee memang suka resipi mudah dan cepat ni. Hahaha.

This is my first try! So Alhamdulillah menjadi guna resipi Sis Hawa bagi! Hehe. Thank you Awa share resipi yang ringkas di blog! Ni Gee kongsikan resipi untuk korang. Resepi asal korang boleh tengok kat blog <<< SIS HAWA >>> .  


RESEPI NASI MINYAK MUDAH & CEPAT

BAHAN-BAHANNYA :

1. Beras ( Gee buat 4 pot. Basuh, toskan dan ketepikan )
2. 1 ulas bawang besar ( di mayang )
3. 4 ulas bawang putih ( di ketuk )
4. 1 inci halia ( potong memanjang )
5. Sebatang kulit kayu manis
6. 2 kuntum bunga lawang
7. 4 biji buah pelaga
8. 3 biji cengkih
9. 3 sudu besar planta
10. Air mengikut sukatan beras
11. Garam secukup rasa
12. Pewarna ( Ikut korang nak letak bagi colurful ke tak )

Bahan-bahan menumis
CARA-CARANYA :

1. Panaskan periuk nasi guna dapur gas. Tumiskan planta bersama bahan-bahan menumis ( no 2 hingga no 8 )


2. Bila dah mula garing dan bau semerbak kat dapur tu masukkan beras yang dah ditoskan airnya tadi.

3. Kacau beras dengan bahan tumis tadi.

4. Masukkan air mengikut sukatan beras.

5. Masukkan garam secukup rasa.


6. Kacau semuanya bagi sebati. Tutup api dapur gas. Sambung masak nasi seperti biasa dengan rice cooker. Kalau Sis Hawa dia masak atas api je. Gee sambung masak dengan menggunakan periuk elektrik. Ikut keselesaan korang ye. Hehehe.

7. Bila nasi dah mula nak kering tu, korang bubuhlah pewarna kesukaan korang. Taknak buh pun takpe sebab nasi dah ada warna kuning lembut gitu sebab kita guna planta tadi. Korang titik-titikkan pewarna. Gee tu bukan titik dah, tu namanya tumpahkan pewarna. Hahahaha.

Excited buh warna sampai banyak macam tu sekali! haha!
8. Terus kacau dengan menggunakan garfu sehinggalah pewarna bercampur dengan semua nasi.

9. Tutup periuk dan tunggu sehingga nasi masak.

SIAP!!!



AMACAM SENANG TAK?

Nasi minyak sedap di makan bersama lauk gulai, masak merah, masak kurma. Ada acar lagi sedap!

Gee buat lauk ayam masak tomato sebab senang nak bagi anak-anak makan. Hehe.

SELAMAT MENCUBA!!!
SAMBUT BIRTHDAY ANAK DI HOTEL. Kenapa tidak? Terasa macam orang kayo pulaks bila baca balik tajuk tu padahal kami ni orang biasa-biasa aje. Jangan salah faham ye cik adik kakak abang mak cik pak cik semua. Meh sini nak cerita kisahnya.


Minggu lepas, Gee & family pergi menginap kat Grand Puteri Hotel kat area Kuala Terengganu ni jugak. Nak holiday jauh, kos sangatlah tinggi sekarang ni kan. Makanya, pilih destinasi di kampung sendiri aje ler.

CERITA SELANJUTNYA <<< TEKAN SINI >>> . 

Kisah yang sambut besday anak kat hotel tu sebab kebetulan birthday anak Gee ke 2 Amani pada 7 November, anak yang ke 3 Ardini pada 12 November. Gee fikir boleh juga bagi hadiah dengan tidak memberi hadiah berupa barang an tapi bagi mereka kenangan yang best pada ulangtahun mereka. Memang kami tak beli hadiah pun. Gee cuma beli sebiji kek RM 15 untuk meraikan mereka berdua. 


Walaupun kek tu kecik tapi mereka excited tau! So misi kek berjaya! Ardini paling seronok bab memotong kek. Gambar takde sebab kalau ibu pegang phone memang habis kek tu 'dipotong' oleh si Ardini. Adeh!


Rasanya tahun depan nak buat macam ni juga lah. Pergi holiday kat mana-mana dan semestinya bergantung pada bajet, pastu beli kek, makan-makan dan spend time sama-sama. Bukan tak boleh nak buat kat rumah, cuma saja buat special sikit buat kat tempat luar. Ni pun Gee cari hotel area bandar tu je. Rezeki sungguh dapat harga murah & hotel pun siap ada kolam renang. Bertambah seronok anak-anak sesekali tidur hotel kan. Haha.

Untuk hotel, Gee booking last minit tau! Hari yang sama Gee check in. Gee booking hotel melalui :

>>>> BOOKING.COM <<<<

Seronok sangat si Amani tu sampai ke harini takde pulak dia mintak hadiah. Hahaha. Alhamdulillah mereka betul-betul enjoy dengan mini vacation ni. 

Ada rezeki nak pergi bercuti lagilah! Bestkan keluar dari rutin biasa, tenangkan fikiran, hilangkan stress. Moga bertambah-tambah rezeki kita semua ye. Amin.. Next punya birthday lambat lagi lah! Mac tahun depan birthday big bos! Haaaa...nak check in mana pulaks tu??? Kita tunggu je ler.. Hahahaha. 


Dear Amani & Ardini. One day, Amani & Ardini akan baca blog ibu ni. Begitu juga dengan Arsyad & Aqil. Ibu cuma nak anak-anak ibu tahu, yang ibu & ayah akan sentiasa buat yang terbaik untuk kamu semua. Setiap kali kamu tersenyum, ketawa, itulah rasa kepuasan dari ibu & ayah. Jadilah orang yang sentiasa berbakti, berpegang kepada agama islam & sayangi semua orang di sekeliling kamu. Akan ada mereka yang akan berkata buruk tentang kita walaupun 1000 bakti kita berikan kepada mereka. Abaikan sahaja mereka, jangan buang masa, teruslah berbakti. Kami sayang kamu semua! 


Assalamualaikum..
Hi semua!


Balm TASNEEM NATURAL semakin viral? Perasan tak ramai yang share berkenaan balm TASNEEM NATUREL di Facebook dan Instagram? Bila Gee sendiri guna, barulah tahu memang patut la orang viralkan BALM TASNEEM NATUREL ni. Untuk Gee, ibu yang mempunyai 4 orang anak kecil, rasanya BALM TASNEEM NATUREL ni dah jadi keperluan pulak. Ibu naik stress tau bila sorang mengamuk nak tidur, sorang sakit perut sembelit, sorang duk meragam..Aish pening ibu nak handle semua. 

Alhamdulillah dengan adanya BALM TASNEEM NATUREL, ibu boleh kembali tenang untuk menguruskan anak seharian. Menariknya BALM TASNEEM NATUREL merupakan produk yang berasaskan bahan semulajadi dan 100% pati minyak ( Essential Oil ) yang asli. Ianya selamat digunakan untuk bayi seawal usia baru lahir sehinggalah dewasa. Tekstur BALM TASNEEM NATUREL sangat lembut dan tidak berangin sehingga pedih di mata. Sebab itu ianya selamat digunakan untuk bayi.


BALM TASNEEM NATUREL terdiri daripada 4 jenis balm yang diperbuat mengikut keperluan dan masalah  yang sering di alami oleh anak-anak kita. 

  1. Tummy Time ( kuning )
  2. Calm Time ( hijau )
  3. Sleep Time ( ungu )
  4. Coughflu Time ( merah jambu )



TUMMY TIME
"Ease Tummy Discomfort"



RAMUAN : Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Ginger, Peppermint, Junipers, Fennel, Lemongrass, Anise, Patchouli, Tangerine, Lavendar.

TUMMY TIME BALM ni sangat menjadi keperluan untuk Gee. Nak tau kenapa? Anak Gee yang bongsu si Aqil tu baru-baru ni sembelit. Bila datang rasa nak membuang, dia menangis. Rupanya sembelit. Gee sapu Tummy Time Balm ni kat perut dia setiap kali selepas mandi. Alhamdulillah dah tak sembelit dan Aqil pun senang nak membuang. Lega sungguh hati si ibu ni. Hehe.

KELEBIHAN TUMMY TIME BALM :
  • Membuang angin dalam perut
  • Membantu melegakan perut sebu dan kembung
  • Membantu masalah sembelit
  • Melegakan perut yang loya

CARA PENGGUNAAN : Sapu pada perut dan tapak kaki.


CALM TIME
"Promote Whole Body Relaxation"


RAMUAN : Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lavendar, Orange, Mandarin, Geranium, Marjoram, Frankinsence, Bergamot, Roman Chamomile.

CALM TIME BALM sangat membantu Gee dalam menguruskan anak-anak. Menjadi kebiasaan anak-anak tantrum disebabkan keletihan, stress dan juga apabila berasa tidak selesa. Ibu mana tak stress bila anak meragamkan? Bila disapu balm ni, mereka menjadi lebih tenang dan juga selesa. Gee pun suka sapu balm ni kat pergelangan tangan Gee sendiri. Bau dia sangat lembut, sungguh menenangkan. 

KELEBIHAN CALM TIME BALM :
  • Memberikan keselesaan pada bayi
  • Mengurangkan keletihan dan tekanan
  • Membantu anak untuk lebih tenang

CARA PENGGUNAAN : Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.


SLEEP TIME
"Support Restful Sleep"


RAMUAN : Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Cedarwood, Lavendar, Vetiver, Chamomile, Orange, Marjoram, Bergamot, Ylang-Ylang.

SLEEP TIME BALM memberikan anak-anak Gee untuk tidur dengan lebih lena. Bukan si kecik dua orang tu je Gee sapu, Si sulong Arsyad 7 tahun dan Amani 6 tahun tu pun Gee sapukan balm ni. Sleep Time Balm membantu mereka untuk tidur dengan lena so esoknya mudah sikit ibu nak kejut bangun pergi sekolah. Kalau diaorang tak tidur lena atau tidur lewat susah tau pagi-pagi nak melayan drama liat bangun awal pagi. 

KELEBIHAN SLEEP TIME BALM :
  • Membantu anak untuk mudah tidur dengan lebih lena
  • Membantu anak untuk bangun tidur dengan mood yang ceria
  • Memperbaiki kualiti tidur

CARA PENGGUNAAN : Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan.

COUGHFLU TIME
"Soothe Cough and Flu"



RAMUAN :  Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lemon, Orange, Eucalytus, Lavendar, Cypress, Tea Tree, Frankinsence.

COUGHFLU TIME BALM membantu Gee di kala anak demam, selsema dan batuk. Musim yang tidak menentu menyebabkan anak-anak Gee mudah sangat demam. Bila dah demam dan selsema mulalah tak selesa dengan hidung tersumbatnya kan. Kalau si Aqil tu bila selsema dia jadi susah nak menyusu. Coughflu Time Balm ni bila di sapu pada hidung, selesa sikit nak bernafas. 

KELEBIHAN COUGHFLU TIME BALM :
  • Membantu mengurangkan selsema dan mencairkan kahak
  • Membantu melegakan asma
  • Mengurangkan suhu ketika demam
CARA PENGGUNAAN : Sapu di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada.




Menarikkan ke semua empat jenis balm daripada TASNEEM NATUREL ni? Untuk pengetahuan korang, produk keluaran TASNEEM NATUREL ni mendapat kelulusan dari KKM serta diperbuat dengan bahan-bahan semulajadi sahaja. Untuk mereka yang mempunyai anak kecil seperti Gee, balm TASNEEM NATUREL sangat membantu dan memudahkan kita untuk menguruskan anak-anak. Bila anak-anak dapat membesar dengan tenang dan sihat, ibu pun terasa nak melompat gembira kan? Hehe. 


Gee nak cadangkan untuk ibu dan bakal menjadi ibu untuk menjadikan BALM TASNEEM NATUREL sebagai kelengkapan wajib untuk anak-anak. Jom kita membantu anak-anak untuk membesar dengan lebih tenang dan ceria!


Untuk sebarang pertanyaan dan juga maklumat lanjut berkenaan produk keluaran TASNEEM NATUREL ini, korang boleh menghubungi :

WEBSITE :
https://www.tasneemnaturel.com/

FACEBOOK:
https://www.facebook.com/tasneemnaturelhq/

INSTAGRAM :
https://www.instagram.com/tasneemnaturel/

HOTLINE : 011-20964665 ( order ) 010-8453469 ( daftar agent & stokis )


Assalamualaikum semua..

Sekolah lagi seminggu je lagi, nanti bermula cuti sekolah selama sebulan lebih. Si sulong Arsyad tu dah ajak siap-siap pergi tengok wayang bila cuti sekolah nanti. Katanya ada cerita kartun tengkorak kat wayang. Tengkorakk?? haaa... Anak dah besar kan, dia pulak lebih tahu daripada kita. Haha.


Sebelum ni Gee pernah keluar dengan Incik Suami serta Geng 4A ni tengok wayang cerita Cars 3. Sejak ada 4 orang anak itulah pertama kali kami berenam keluar tengok wayang.

CERITA SELANJUTNYA >>> BACA SINI <<<

Bila dah ada pengalaman sendiri bawa anak-anak kecil masuk panggung wayang ni, terasa nak share sedikit tips kot dapat membantu mereka yang merancang nak bawak anak tengok wayang nanti. Harap-harap membantulah ye. Hehe.

7 TIPS UNTUK MEMBAWA ANAK KECIL TENGOK WAYANG

1. PILIH MOVIE UNTUK KANAK-KANAK

Ni paling utama kita kena fikirkan tau. Nak bawak anak kecik kenalah pilih genre movie yang sesuai dengan umur anak-anak. Misal kata anak bising dalam wayang taklah rasa bersalah sangat sebab semua sedia maklum cerita budak-budak kan. Kalau pilih movie seram kang sebelum hantu munculkan diri, mak bapak budak jadi hantu marahkan anak bising. Hahaha.

2. PILIH SEAT YANG SESUAI

Gee suka pilih seat jauh dari orang. Kalau kebetulan movie tu tak ramai yang tengok dapatlah kan memilih seat selang 2, 3 baris dengan yang dah booked. Kena standby kot lah anak buat bising ke kan, kalau boleh tak nak mengganggu orang lain nak tengok wayang.

3. JANGAN BELI MAKANAN SEBELUM MASUK KE PANGGUNG

Masa tengok Cars 3 tu, budak-budak ni dah bising nak beli air & popcorn waktu lalu depan kedai makanan kat wayang tu. Si ayah tak melayan pun, terus masuk panggung. Haha. Bila dah 45 minit wayang bermula, si Ardini dah mula mengira tangga. Adeh. Bila ayah dia sampai takleh concentrate the movie, terus bawak keluar Ardini. Haha. Bila masuk balik, tengok penuh tangan beli popcorn & air. So selamatlah untuk jam terakhir movie tu. Dia duduk makan, minum sambil tengok muvie. Anak-anak lain pun sama.

4. BAWAK BAJU SEJUK, SELIMUT, PAKAIKAN KASUT SERTA STOKIN

Tidak semua wayang sejuk tahap menggigil. Tapi anak-anak kita tu kita tak boleh nak jangka. Kadang orang sejuk, diaorang panas berpeluh menitik. So untuk mengelakkan anak mengamuk kesejukan, standby je siap-siap selimut dan baju sejuk. Nanti sarungkan aje kalau kesejukan.

5. IBU MENYUSU BUAT PERSEDIAAN

Dalam panggung wayang tu mestilah ada cctv kan. So untuk ibu menyusu kena standby siap-siap nursing cover ataupun kain yang agak besar untuk menyusu. Nak mencari bilik menyusu tak pasti ada ke tidak, baik siap sedia je awal-awal. Kalau kita menyusu, kebarangkalian anak kecik tu untuk tidur adalah tinggi. Bila si kecil tidur boleh lah nak melayan movie dengan tenang sikit kan. Tapi trick tu tak menjadi pun kat si Aqil. Cerah je mata walaupun kita menyusu dia dalam panggung wayang yang gelap tu. Hahahha.

6. JANGAN MASUK AWAL SANGAT DALAM PANGGUNG WAYANG

Bukanlah bermaksud masuk panggung bila movie dah start ye. Sebabnya kalau masuk ke panggung terlalu awal bimbang nanti si kecil tu cepat bosan. Bila cerita dah start dia dah bosan. Haha. Tapi jangan masuk terlalu lambat pulak. Macam Gee anak 4 ni kalau masuk lambat sangat kang menyusahkan orang lain sebab bising duk atur tempat duduk. Hahahahaha.

7. AJAR ANAK PERATURAN DALAM PANGGUNG WAYANG

Ni Gee dan incik suami cuba terangkan pada dua yang besar Amani (6tahun) & Arsyad (7tahun). Kami bagitahu mereka untuk tidak membuat bising, duduk dengan elok tanpa mengganggu pandangan orang lain serta makan minum dengan elok dalam keadaan lampu yang gelap. Kira okey diaorang boleh paham so takdelah kita nak warning je manjang. Cuma Ardini (3tahun) masih dalam dunia explore dia so agak mencabar lah nak bagi dia paham. Dia tetap main tangga tapi nasib baik lah mulut tu diam aje. Haha. Si Aqil baru setahun lebih kami riba je. Mana dia nak reti rules bagai kan so kita mak ayah lah kena cari cara untuk diamkan. Tapi kalau cerita budak-budak biasanya okey je diaorang tengok.


Seronok tengok mereka happy bila dapat outing tengok wayang. Dah lah cerita kegemaran si Arsyad, bertambahlah excited tuan punya badan. Dia follow cerita Car tu dari Cars 1 lagi so semua watak lama yang ada dia tahu dah. Kami laki bini pun sama siap hafal karakter yang dia duk selalu sebut tu. Haha.

So bila Gee google movie kartun kat cinema yang terbaru bulan November ni rupa-rupanya ada sungguh hantu tengkorak tu. Haha.


Arsyad dan Amani memang suka cerita seram. Ibunya je kureng sket sebab penakut. Hahahaha. Ni nasib cerita kartun, kalau ada rezeki boleh pergi tengok. Kalau cerita hantu Indon ke, Korea ke, Thailand ke memang tak lahhh..Hahahaha.

Done for now! Harap tips tak seberapa itu dapat membantu semua yang pertama kali nak bawak anak pergi tengok wayang. Nanti update eh korang tengok wayang cerita apa dengan anak-anak atau dengan adik-adik korang k! Daaaa...


Assalamualaikum..
Hi semua!
Terima kasih kerana sudi singgah baca blog yang baru nak mencecah usia 3 bulan ni. Sejak buat blog baru, tukar yang lama ganti yang baru ni kan , Gee rasa semakin seronok dengan pekerjaan SEBAGAI BLOGGER ini. Semakin hari, semakin banyak rasa ingin tahu berkenaan blogging. Semestinya perasaan ingin tahu untuk jana pendapatan melalui blog itu sangat tinggi.

Bila di tanya pada mereka yang berpengalaman dalam dunia blog ni, rupanya banyak cara bagaimana blogger dapat tambah pendapatan. Tapi sebenarnya bukan mudah nak jadi seorang blogger yang kental dan juga nempunyai income sendiri. POKOK PANGKALNYA ADALAH KERAJINAN UNTUK UPDATE BLOG DAN JADI DIRI SENDIRI APABILA BERKONGSI SETIAP ENTRY DI BLOG.

Seorang blogger mungkin akan di pandang serong sebabnya ada yang menyangka kami ni suka menunjuk-nunjuk. Makan situ nak update, pergi jogging nak bagitahu, masak mee goreng pun nak kongsi resipi, anak makan biskut pun nak kongsi biskut apa dan banyak lagilah.

Ramai tak tahu kenapa kami blogger update macam-macam perkara di media sosial seperti facebook dan instagram. Meh sini Gee tolong senaraikan untuk bagi mereka faham kenapa dan mengapa blogger suka update status di media sosial.

KENAPA BLOGGER SUKA BUAT STATUS DI MEDIA SOSIAL

1. SUMBER PENDAPATAN UTAMA - Perasan tak ramai juga surirumah menjadi seorang blogger. Termasuklah Gee! Ni salah satu cara kami usaha cari duit dengan menulis blog sambil-sambil jaga anak kat rumah. Kami tak bekerja di office buat akaun, masuk meeting TAPI seorang blogger kena buat entry dan status untuk naikkan peluang dapat sesuatu job yang memberikan kami pendapatan. 

2. DIPANDANG OLEH BRAND / SYARIKAT - Sebenarnya, banyak brand di Malaysia menggunakan khidmat blogger untuk mempromosikan produk mereka. Blogger diberikan bayaran, produk percuma ataupun apa-apa ganjaran untuk setiap job yang diberikan. Brand ni diaorang nak blogger yang aktif tau, follower ramai. Maka sebab itu kami blogger harus buat status setiap hari untuk memastikan kami ada peluang yang tinggi untuk bekerjasama dengan brand di Malaysia.

3. TUNTUTAN KERJA - Maksudnya bila seseorang blogger mendapat sesuatu tawaran daripada sesebuah syarikat, event atau brand maka seseorang blogger terikat untuk melakukan posting berdasarkan syarat yang ditentukan oleh mereka. Dulu kerja bidang audit kena buat kerja audit penyata kewangan syarikat. Kini tuntutan kerja Gee sebagai blogger, Gee harus mengikut kehendak client yang nak Gee mempromosikan produk mereka dan sebagai ganjaran Gee dibayar ataupun diberi ganjaran dalam bentuk barang.

4. UNTUK DIKENALI - Semestinya bila dah jadi blogger orang nak tahu siapa kita. Kalau update status sebulan sekali ataupun seminggu sekali, ada tak orang perasan kewujudan kita? So kalau orang tak perasan, apatah lagi syarikat yang besar? Pastu macam mana nak dapat income bila status sunyi sepi, takde follower?

5. NAIKKAN FOLLOWER - Nie salah satu sebab Gee selalu update status. Nak naikkan follower. Bila bertambah follower, peluang nak cari job lagi tinggi. Sebabnya ada sesetengah job di letakkan minima follower. So kenalah kasi menarik sikit media sosial kita untuk orang follow. Hehe.


Nampak tak macam mana seorang blogger bekerja? Kalau dapat pergi event pun sama nak kena share di media sosial. Tapi Gee tak pernah lagi attend event sebab kat Ganu takde buat. Banyak jemputan di luar Terengganu so kita tengok dari jauh je lah. Hehe.

Jangan kecam blogger selalu update status sebab nak show off ye. Kalau tak suka unfollow je. Tak payah nak tengok langsung kan. Hehe. So dah faham kot kan kenapa blogger keep sharing? Hehe. Kalau korang selalu follow blogger otai lagi best tau sebab banyak info best diaorang share. Ada tips travel, tips kecantikan, tips kesihatan dan macam-macam lagi tips. Gee ni kategori blogger berudu kecik lagi so banyak lagi ilmu nak dicari gali. Hehe. Mohon tunjuk ajar Gee ye.

Thank you semua sudi baca!!
Assalamualaikum..
Hi semua!


Seronok sungguh Geng 4A tu.. Padahal bercuti di kampung sendiri je tu. Haha. Al kisahnya Jumaat lepas, Gee lah yang gatal tangan duk search hotel kat area Kuala Terengganu ni haa. Agaknya sebab dah lama tak pergi ke mana-mana, kepingin nak pergi bercuti toksah cakap lah. Sekarang tak macam dulu kalau cuti sekolah boleh je plan ke KL sebab kos holiday dulu lain dengan sekarang. Adeh semua dah naik harga! Makanya, Gee pun cuba-cuba intai hotel kat area sini je sekurang-kurangnya boleh merasa kenikmatan holiday lepaskan segala kepenatan, stress dan juga reward diri sendiri. Hehe. 


KENAPA GRAND PUTERI HOTEL?

Sebab dapat harga murah!!Masa Gee nak booked tu harga offer untuk hari tu RM 115. Harga tu untuk Superior King Room tanpa breakfast. Dengan harga tu boleh juga bermandi manda di swimming pool hotel. Memang Gee nak cari yang ada kolam pun sebab Geng 4A ni memang suka yang amat mandi kolam. Haha.


Kolam renang di asingkan untuk lelaki dan perempuan. Tapi waktu kami nak bermandi manda tu, kolam lelaki tutuplah pulak. So semua mandi kat kolam perempuan.


Alhamdulillah cuaca elok je so bolehlah Geng 4A ni mandi manda sepuasnya. Kolam renang ni dibuka dari jam 7 pagi sehingga 7 malam. Seronok sungguh mereka! Siap tak nak naik bilik lagi. Hahaha. So kena bagi ayat memujuk lepas ni kena datang lagi. Hehe.


Booking dari mana dapat murah?Gee tak expert mana bab booking hotel ni. Tapi haritu bila compare dengan website lain, harga paling murah kat BOOKING.COM . Rezeki kami sekeluarga kot kan. Hehe.


Lobi Hotel Grand Puteri sangat luas sampaikan budak-budak ni boleh berlari-lari. Adeh! Designnya pun simple dan minimalis. Paling best layanan staff mereka yang sangat friendly. Masa nak check in, salah sorang staff tolong bawak Arsyad pergi toilet. Biasalah budak-budak tu, tak kira tempat nak membuang. hadoi.


Bila masuk bilik teruja lah semua Geng 4A tu. Bilik pun luas je sebab boleh diaorang buat ruang masing-masing dalam bilik tu. Pastu siap susun mainan kat ruang sendiri. Haha. Aah Gee dah standby mainan, buku, makanan kot lah mereka kepuasan kat bilik. Nama pun bercuti di kampung sendiri. Memang ibunya nak menikmati je suasana tenang dalam bilik so kenalah bersiap sedia awal-awal kan. Hehe. 


Buku agama, quran, sejadah, tuala ada 3 helai disediakan oleh pihak hotel. Selain itu ada juga disediakan seterika beserta iron board, hair dryer, kelengkapan mandi, air mineral, kettle dan juga beberapa packet kopi serta teh. Owh peti sejuk mini pun ada tau! Rancangan tv pun ada channel movies & kartun. So bolehlah baring-baring layan movie kan.


Amacam korang? Best tak holiday Gee? Jimat minyak, jimat kos kan? Husband pun jimat cuti tak perlu apply cuti tapi boleh quality time dengan anak-anak. Hehe. Yang penting anak-anak suka. Siap request nak datang lagi! Haha. Kena bekerja keras lagi ni!Haha.

Nanti Gee update PART 2 berkisah sambutan harijadi si puteri puteri Gee kat Hotel Grand Puteri ni.

Korang nak cuba jeling-jeling hotel di kampung korang sila terjah :

>> BOOKING.COM <<

SELAMAT MEMILIH DESTINASI PILIHAN!!

Assalamualaikum semua!


Entry kali ni Gee nak kongsi pasal baju anak-anak pulak. Teruja tau nak share ni sebab barang bagus ni! Hahaha.

Nampak gambar empat sekawan tu? Nasib baik semua beri kerjasama yang bagus waktu ambil shoot ni. Bunyi macam pro! ( tepuk dahi! ) 


Kisahnya begini.. Gee beli baju anak-anak ni dari seller dari facebook merangkap rakan yang sangat baik dengan Gee masa zaman study dulu, KAK DA. Hari-hari gambar baju budak asyik melintas aje kat wall facebook Gee. Aishh tak tahan jugak nengoknya sebab Kak Da jual dengan harga yang sangat murah!Ditambah pula dengan bilangan anak i ols yang ramai ni kan rasa macam nak nak nak kaut je semua! Sebab lawa! Adeh! ( tepuk dahi lagi! )


Mulanya Gee pilih design lain. Bila check stok takde pulak size yang dikehendaki. Keciwe di situ. Mungkin sebab harga murah semua pakat duk beli. Lepas tu Kak Da pun tunjuk design apa yang ada mengikut size yang Gee nak. Owh lagi senang nak pilih! Mulanya pilih untuk the boys dulu. Jumpa yang si abang the one and only size untuk Arsyad. Pastu bila tengok design size Aqil jumpa warna sama tapi nama brand tu je lain. Menarik juga main mix and match ni. Hehe. So settle untuk anak-anak lelaki. 


Lepas tu tengok design untuk si puteri-puteri pulak. Mata Gee dah rambang dah. Haha! Nasib lah Kak da cadangkan yang Hello Kitty ni. Bila tengok eh sama tema pulak dengan geng lelaki. Bila Kak Da bagitau size pun ada lagi untuk Amani dan Ardini, terus aku confirmkan order. Hehe. Murah wei! 


Kak da bagitau kain dia best! Eh tak sabar nak tunggu baju sampai. Gee order malam, esoknya Kak Da terus pos dan lusa tu Gee dapat dah bajunya. Bila pakaikan kat bebudak tu memang betul apa yang Kak Da bagitau. Kain dia selesa dan sangat sesuai untuk anak-anak kecik ni sebab tak panas pun kainnya. Menarikkan? Haha. 

Meh sini Gee bagitahu nak order dengan siapa dan kat mana. Kat bawah ni Gee ada sertakan link facebook Kak Da. Korang terjah je nanti semua details ada kat facebook Kak Da. 

>>> FACEBOOK KAK DA <<<

WARNING!!
korang akan terpengaruh untuk beli lebih dari sehelai!!Percayalah! Hehe.

HAPPY SHOPPING SEMUA!!
Alhamdulillah.. Sambutan hari lahir Amani yang ke 6 berjalan dengan lancar di pra sekolah. Kalini terlebih istimewa sebabnya di sambut bersama kawan baik Amani yang berkongsi tarikh yang sama 7 November dan juga nama yang sama!

SELAMAT HARI LAHIR BUAT
NUR QISHA AMANI DAN NUR AMANI!
Walaupun Gee dan Zu ( mama Qisha ) rancang last minute, namun semuanya berjalan dengan lancar dengan adanya bantuan daripada Teacher Ramlah dan juga Mummy Su mereka. Majlis dibuat dengan sederhana sahaja tapi meriah sungguh! Mungkin sebab disambut bersama Qisha dan kawan-kawan sekolah lain pun ada jadi terasa sangat meriah. Hehe. Terima kasih Teacher dan Mummy!

AMANI DAN QISHA BERGAMBAR BERSAMA TEACHER RAMLAH (kanan) , MUMMY SU (kiri) DAN JUGA SEMUA RAKAN SEKELAS

3 KETUL SI KECIL KAT DEPAN TU SIBUK DENGAN PERIHAL MASING-MASING!HAHA

Terima kasih Zu buatkan kek yang sedap! Macam biasa air tangan Zu tak pernah tak sedap! Bertambah istimewa harijadi Qisha dan Amani bila dapat makan kek dari air tangan mama Qisha sendiri. Amani pun suka tema kek yang comel iaitu tema Hello Kitty. 


Majlis harijadi Qisha dan Amani bertambah istimewa dengan menu makanan dari Mummy Su mereka iaitu Nasi Kuning Bersama Gulai Ayam. Sedap sungguh rupanya Mummy Su masak. Patutlah Amani selalu bagitahu dia selalu makan bertambah di sekolah. Berselera sungguh makan air tangan Mummy Su. Hehe. Terima kasih Mummy Su! Gambar lupa nak ambil sebab masa makan sibuk dengan si kecik dua tu, Aqil dan Ardini. Hehe. 



Untuk goodies kami bagi kawan-kawan Qisha dan Amani bila nak balik sekolah. Sebab isi goodies semuanya makanan dan mereka semua pun dah kenyang makan kek dan nasi. Hehe. Nak tahu Gee dan Zu bagi goodies apa boleh baca sini : << IDEA GOODIES HARIJADI >>


Happy birthday Qisha! Aunty doakan semoga Qisha jadi anak yang solehah buat mama, papa dan keluarga. Terima kasih sebab Qisha jadi kawan baik dengan Amani. Tahun depan Qisha dan Amani dah masuk darjah 1. Harap-harap dapat duduk sekelas dan teruskan persahabatan sampai bila-bila. 


DEAR NUR AMANI, Ibu dan Ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk Amani. Terima kasih sebab Amani jadi adik yang terbaik untuk Abang Arsyad dan juga kakak yang penyayang untuk Ardini dan Aqil. Hope you enjoy your 6th birthday celebration. We love you so much! 
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ►  2025 (2)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ▼  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ▼  November (13)
      • Petua Cantik Amalan Dari Kecil
      • Selfish For Benefit
      • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
      • Sambut Birthday Anak di Hotel
      • Balm Tasneem Naturel Semakin Viral
      • Tips Bawa Anak Tengok Wayang
      • Jangan Salah Sangka Pada Pekerjaan Seorang Blogger
      • Berhujung Minggu di Grand Puteri Hotel Kuala Teren...
      • Shopping Baju Budak Murah, Cantik dan Berkualiti
      • Sambutan Hari Lahir Amani di Pra Sekolah
      • Idea Party Pack Sempena Amani Turns 6
      • Tips Untuk Blogger Baru
      • Say hi to November
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab