Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Semalam sangat sibuk. Tak sempat nak update blog. Pagi semalam aku ada sesi personal coaching dengan SD ( sales director)  Ninie untuk perniagaan Mary Kay yang aku ceburi. Aku sendiri yang nak berjumpa dengan beliau sebabnya 2 bulan kebelakangan ini, aku punya sales agak down. Bila dapat jumpa SD Ninie dapatlah aku booster balik energy aku & top up ilmu mana yang dah lupa tu. 

Thank You SD Nini For Your Time!

FOCUS. Aku hilang fokus sekejap baru ni. Aishh!Buat apa pun, kena fokus betul-betul kan!Baru nampak hasilnya. Aku dah pun naik pangkat ke SENIOR BEAUTY CONSULTANT. So kalau aku stop, rasa macam sayangnya apa yang aku buat sebelum ni.

BIG WHY aku buat Mary Kay sebab aku nak tolong support family aku & jugak aku sangat perlukan ME TIME memandangkan aku ni seorang surirumah. Bila dapat pergi event, buat skincare class aku rasa enjoy!Buat apa pun mesti ada big why so kita akan lagi fokus bila kena ingat balik kenapa kita perlu buat sesuatu perkara kan?BLOGGING pun sama!Keep update new entry akan buatkan kita sentiasa fokus!Kalau seminggu tak update blog mesti rasa rindu, rasa macam rugi sebab banyak benda tak update. Semuanya berbalik kepada BIG WHY & FOKUS. 

Hari ni last day closing untuk September. Bulan ni ada promosi best. Antara yang paling aku suka PROMOSI LIPSTICK & MASCARA. Nak tahu boleh << BACA SINI >> .

Oktober nak kena buat TARGET!So kita boleh plan  ikut target yang kita nak capai. Antara plan yang aku nak buat Oktober, aku nak buat skincare class PERCUMA, lipstick party di mana orang boleh cuba pelbagai jenis lipstick, spa bibir, spa tangan & jugak free consultation untuk yang nak tahu masalah kulit muka. Hopefully ada yang berminat nak join sebab semuanya PERCUMA. Doakan aku ye!

Untuk sebarang pertanyaan boleh whatsapp, pm kat facebook atau pun boleh email aku sisgee1985@gmail.com.


Assalamualaikum..
Hello semua!

Ramai yang tak tahu aku adalah BEAUTY CONSULTANT MARY KAY. Siap pergi kelas tau belajar nak jadi beauty consultant Mary Kay. Sebab utamanya adalah aku pengguna produk Mary Kay. So alang-alang pakai sendiri aku join ahli so dapatlah beli dengan harga yang lebih murah kan. Story mory pasal aku join Mary Kay next time aku update okey. 

Kali ni aku nak kongsi antara PROMOSI SEPTEMBER yang tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi. Promosi dalam Mary Kay berbeza untuk setiap bulan. So start 1hb Oktober promosi ni dah tak boleh pakai dah. 

Promosi FREE WATERPROOF MASCARA sangat menarik bagi aku!Sebab korang boleh jimat banyak kot!Tapi dengan syarat korang kena grab 3 LIPSTICK SEMI-MATTE GEL. Banyak?Eh kalau sorang beli 3 nampak banyak lah. Apakata korang share beli. Maksud aku, tanya kakak, ibu, kawan opis. Ajak share beli. Takpun korang beli 3 & hadiahkan pada yang tersayang!Lagi best kalau sendiri pakai semuanya!Hehe.

AKU SUKA PAKAI SEMI-MATTE GEL LIPSTICK MARY KAY sebab bahan-bahan dia diperbuat daripada bahan semulajadi. Tiada kandungan bahan kimia yang merbahaya. So aku tak perlu risau kot bibir jadi gatal ke, kering ke. AKU SUKA WARNA MIDNIGHT RED tu!Warna lipstick sedikit berbeza tau untuk setiap pemakai mengikut jenis darah si pemakai. TEKSTUR lipstick semi-matte gel ni kering, tak melekit & tak rasa pun korang pakai lipstick. Tengok cermin merah elok je bibir. Hahaha.

MASCARA waterproof tu mascara favourite aku sebab rasa ringan bila pakai. Takde ketul-ketul pun!Bulu mata nampak asli cuma nampak lagi wowww dengan mascara waterproof Mary Kay!


Kalau nak tahu lanjut berkenaan promosi ini korang boleh email aku sisgee1985@gmail.com. Kalau nak free consultation berkenaan masalah kulit pun boleh. Aku boleh tolong. In syaa Allah. 

Nak jadi beauty consultant?Email je okey!


Assalamualaikum..
Salam sejahtera & hi semua!

Kek Lapis Prune
Siapa penggemar kek kita boleh geng!Aku memang pencinta kek!Dah bukan kategori penggemar, aku dah jatuh kategori pencinta!Yang mengenali aku, memang dah sedia maklum aku suka gila kek coklat. I just cant SAY NO to this!Hahaha. Kalau pergi rumah saudara mara, kawan-kawan, bila dihidang kek coklat memang comfirm habis aku makan. Sambil jeling-jeling kat tuan rumah mintak bubuh lagi dalam pinggan.Hahahahaha!

Kek Lapis Blueberry
KENAPA DUK SHARE GAMBAR KEK LAPIS?Sebabnya aku nak kongsi dengan korang kat Semenanjung ni pun ada jual kek lapis tip top macam kek lapis Sarawak tu tau!Aku pernah makan kek lapis Sarawak masa pergi Kuching tahun 2013 dulu. Sedap dengan pelbagai pilihan perisa sehinggakan rambang mata nak membeli. Tapi sekarang korang tak payah nak order dari Sarawak nung jauh seberang sana sebabnya kat Semenanjung ni pun ada dah yang boleh buat kek lapis Sarawak. 

Kek Lapis Crunch Oreo
Kat mana ada jual?

Korang boleh tekan link kat bawah ni :

FACEBOOK KEK LAPIS SARAWAK HOMEMADE

atau

INSTAGRAM KEK LAPIS MURAH SEDAP

Menariknya, kek lapis ini dibuat dengan kuantiti yang terhad bagi memastikan kualiti kek dijaga. Tekstur kek sangat lembut & lembab sebabnya semua kek dibuat secara manual dengan penuh kasih sayang tau! Resipi adalah resipi Kek Sarawak turun temurun & merupakan produk orang Melayu. 

Kek Lapis Choc Mint
Terdapat 16 pilihan perisa kek. Ni aku share baru beberapa pilihan dah rasa nak ngap semua!Haha. 

Kek Lapis Choc Rice
Kek Lapis Cappuccino
Menarik kan?Lepas ni kalau teringin nak makan kek lapis tak payah dah cari siapa-siapa yang nak pergi ke Sarawak. Order je dengan Kek Lapis Sarawak Homemade ni. Diaorang akan buat kek fresh dari oven lagi tau untuk korang. Diaorang buat kat Utara nung. Tapi takde hal abang posmen kan ada. Tunggu je depan pintu, abang posmen tolong hantarkan. Hehe.

Dah kalau nak tengok lagi pilihan menarik, korang terjah facebook & instagram mereka wokeh!
Assalamualaikun semua!
Hi & Salam Sejahtera!

Sakit rengat seperti sakit kontraksi sebelum bersalin
Pagi ni ada notification facebook memory yang pernah aku kongsi pada hari ini, tahun lepas berkenaan sakit rengat. 

Perkongsian pengalaman sendiri di Facebook tahun lepas.
PENGALAMAN SENDIRI sakit rengat ni yang paling terasa adalah selepas melahirkan anak ke empat, Muhammad Aqil, tahun lepas. Ketika aku menunggu untuk dimasukkan ke wad biasa selepas melahirkan Aqil, sakit rengat ni dah terasa. Sampaikan aku menggigil & disebabkan terlalu sakit aku bagitau kat nurse yang ada kat situ.

Malangnya, nurse menyuruh aku untuk tahan dulu sakit rengat tu sementara dimasukkan ke dalam wad. Di wad nanti, ada nurse lain yang akan bagi ubat untuk tahan sakit rengat tu. Beberapa jam selepas bersalin dan baby pun dah siap semua proses check up, aku dan baby dimasukkan ke wad biasa.

Bila sampai je kat wad terus aku mintak ubat tahan sakit. Aku dah lupa ubat apa, tapi selepas telan ubat tu slowly rengat tu hilang. Owh akan tetapi dia akan datang lagi tau!huwaaaa...Sakit kontraksi macam nak bersalin sakitnya. Ubat tu pulak takleh telan selalu. So kena bertahan lah sikit. Keadaan sakit rengat tu sampai aku ambil selimut, dan aku gigit sekuat hati aku untuk melepaskan rasa sakit tu. Hahaha.

ANAK SULUNG dulu aku tak rasa pun rengat ni. Langsung tak!So kalau orang tanya, sakit rengat ke tak, memang tak! ANAK KE DUA, sakit rengat tu datang sekali dua je selepas bersalin. Tu pun dah hari ke dua. Ubat tahan sakit pun tak sempat makan. ANAK KE TIGA, sakit rengat dalam sehari dua jugak. Sakit tu makin kuat dari anak ke dua . Aku sempat telan sebiji dua ubat tahan sakit. ANAK KE EMPAT, ubat tahan sakit sentiasa ada dengan aku. Sakit yang semakin kuat dari anak yang sebelum ni. Sehinggakan bekalan ubat yang dibawa balik dari hospital habis!huhu.

CARA MENGATASI RENGAT 

Cara terbaik bertungku. Macam bila kita senggugut, bila kita tuam kat kawasan perut yang sakit, rasa lega sedikit kan. Sama jugak dengan rengat ni. Bila dah boleh balik rumah, cuba bertungku dengan perlahan-lahan di kawasan rahim. In syaa Allah membantu untuk melegakan rasa sakit rengat.

Pasangan kita, suami sangat-sangatlah diperlukan bila sakit rengat ni. Kenapa?Suami boleh tolong urut kat bahagian belakang pinggang isteri untuk melegakan rasa sakit. Rengat datang tak kira masa. Biasanya waktu kita menyusu tu, rasa sakit tu datang. Suami juga boleh tolong pegangkan baby untuk memberi ruang kepada isteri yang dalam kesakitan.

INFO LANJUT BERKENAAN SAKIT RENGAT 

Korang boleh baca di facebook DR AFIQ RAHIM :

Banyak juga info kesihatan yang lain di facebook beliau.

Semoga perkongsian aku dapat membantu korang lebih bersedia untuk menerima orang baru nanti.

Walau apa pun tips & kisah pengalaman yang dikongsi, yang paling penting untuk ibu mengandung & melahirkan ini adalah SOKONGAN DAN PERTOLONGAN SUAMI.

Sekian kisah sakit rengat dari aku.

Eh Eh buat apa tu?Harini mood rajin pergi mana ntah!Tak tahu kenapa malas!Tapi ni aku rajin sebab nak luahkan perasaan takde mood. Haa laa, aku kan housewife. Kawan-kawan aku koranglah yang ada di alam maya ni. Pastu hari-hari aku diceriakan dengan group whatsapp, message dari kawan-kawan. Di samping si kenits 4 orang kat rumah ni. 


Harini mereput je kat rumah. Cuaca mendung je sepanjang hari. Sampaikan aku malas nak jemur kain sebab nanti tak kering pastu nak jemur balik dalam rumah. Maka malam ni aku suruh incik suami pergi dobikan kain. Senang kan kerja aku?Hahahaha. Alaaa biasa lah kan, kalau kerja office pun ada hari korang malas kan, pastu pergi bancuh kopi sembang ngan meja sebelah. Same goes to me!Bezanya aku takde geng ah nak sembang. Sembang dengan budak-budak ni penat menjawab je sebab banyak sangat diaorang tanya soalan. Hadoi!

Eh eh aku malas jemur kain je tau tapi aku setelkan 2 bakul kain yang tak berlipat tu ha!Nampak tak aku korbankan apa untuk siapkan kerja lain. Hahahaha. Aku pun masak okey!Harini aku masak nasi putih dengan singgang sotong. Walaupun lauk yang simple dimple at least aku masak!Hahaha. Lagi aku buat apa lagi eh?hmmmm...haaa aku kemas ruang tamu depan tv tu. Vacum semua. So tak adalah aku bermalas-malasan sangat kan?

Wah!entry luah perasaaan macam panjang je. Hahahah. Nama pun luahkan perasaan. Hahaha.

Thank you sudi baca!And sorry ayat macam merapu sebab mood ke laut dalam. Haha.


Assalamualaikum..
Salam Hari Rabu semua..


Alhamdulillah dapat update entry tentang perihal anak ke dua aku. Nur Amani. Busy sikit dengan keadaan Aqil yang terkena virus HFMD. Story mory pasal Aqil aku share kat SINI .Alhamdulillah Aqil dah semakin sihat. Ruam pun semakin kurang. Selera makan pun dah semakin okey berbanding sebelum ni. Terima kasih untuk semua yang mendoakan kesihatan Aqil. Hanya Allah sahaja mampu balas jasa baik korang semua. 

Story mory pasal Amani, hari Isnin baru ni Amani terlibat dengan pertunjukan fesyen sempena sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah. Sebelum ni aku ada tanya dia nak join ke tak, pakai baju bendera pastu naik pentas. Dia sangat excited nak terlibat sama. Maka, aku pun daftar nama Amani untuk mewakili kelas pra sekolah. Yup Amani masih di pra sekolah, 6 tahun. Hehe.


Si abang Arsyad tak nak masuk. Tapi tahun lepas dia dah join. So adalah jugak kenangan. Lepas daftar Amani, kepala dah pening nak cari baju kat mana. Nak jahit?errr macam tak je. Hahahaha. So aku cuba tanya kawan-kawan kat group whatsapp. Alhamdulillah mereka bagi respon yang sangat baik!Ada yang bagi idea nak buat baju macam mana, nak hias itu ini. Paling aku terkejut & teruja bila ada yang nak bagi pinjam baju!Wah!Terus aku katakan YA!Pucuk dicita, ulam yang datang. Eh!Betul ke peribahasa aku tu?Hahahaha. 

So kawan aku Ziera poskan baju bendera yang dia jahit sendiri!Kagum aku!Dia jahitkan untuk anak dia Sakinah untuk sambutan Hari Merdeka jugak. Tapi dah lepas. So memang dah tak pakai lah baju tu. Hari Khamis baju tak sampai-sampai. Dalam hati aku mungkin sebab cuti Hari Malaysia hari Sabtu, so barang terlalu banyak kat poslaju. Mungkin sebab tu, barang lambat sampai. Jumaat memang poslaju tak jalan kat Terengganu. Sabtu Cuti Umum Hari Malaysia. Ahad pun Cuti Umum ganti. Aku & suami pasrah tapi tak bagitau lagi kat Amani yang baju takde nak pakai. Hari Sabtu malam kami cuba cari kat pasaraya kot ada jual. Malangnya, takde. 

Ahad, aku whatsapp Teacher bagitau Amani mungkin tak dapat join sebab takde baju. Mungkin takde rezeki Amani nak sertai pertunjukan fesyen tu. Tengah hari Ahad tu, posmen buat surprise!Hahahaha. Sampai wei baju tu!Aku tanya abang posmen kerja ke hari cuti?Dia cakap yang hantar barang je kerja, ofis tutup. Allahu. Syukur yang amat sebab Allah tolong Amani. Excited lah Amani tengok baju bendera, terus cuba pakai. Muat elok pulak. Thank you my friend Ziera aka Ila. Hehe.


Selepas siapkan Amani pagi Isnin aku bagitau Amani buat yang terbaik. Kalau menang, Alhamdulillah. Kalau kalah takpe lah. suka-suka je masuk kan. Budak-budak kan, aku risau dia kecik hati bila tengok kawan-kawan yang menang.

Kat sekolah aku tengok ramai jugak budak-budak yang masuk. Macam-macam fesyen ada. Kreatif mak ayah diaorang. Yang lelaki pun sama naik. Rasa macam Amani biasa-biasa je. 

Bila ambil Amani dari sekolah tengahari tu, cikgu bagitau menang no 2. Wah terujalah si Kakak Amani sebab dapat hadiah. Tersengih sampai ke rumah. Masuk kereta terus buka hadiah. Hahaha.


Tujuan aku nak Amani terbiasa di depan khalayak ramai. Bagi dia keyakinan yang tinggi depan orang. Pastu aku nak dia rasa enjoy bila pergi sekolah. Alhamdulillah sejak aku hantar Amani masuk pra sekolah tu, Amani memang seronok nak pergi sekolah. Aku rasa semua tu takkan berlaku tanpa bantuan cikgu-cikgu Amani & pembantu pra. Dia sayang sungguh kat Teacher Ramlah & mummy Su dia tu. Thank you Teacher, Mummy & Ustazah!!

Alhamdulillah Amani dah unlock a new challenge!

All the best Kakak Amani!We love you!
Assalamualaikum..
Salam sejahtera & hi semua!

Ruam sekitar mulut.
Jumaat, 15hb September lepas Aqil demam secara tiba-tiba tanpa batuk & selsema. Aku ingat demam biasa je. Tapi dia memang low batery terus. Dah lah hari tu buat majlis hari jadi Arsyad. Orang datang, main kat luar rumah dia buat tak tahu aje.

Pagi Sabtu nampak Aqil dah okey sikit. Demam pun dah kurang. Dia dah boleh bangun, main, jalan ke situ ke sini. Nampak dah makin okey la. Tengah hari nampak macam ada naik ruam kat tapak kaki, tapak tangan & sekitar kaki tangan yang lain. 

Aku dah start bertanya pendapat kawan-kawan kat group whatsapp. Risau. So malam tu nak pergi Klinik 1 Malaysia. Eh tutup rupanya. Nampak dia macam aktif so kami ambil keputusan tengok esok macam mana. 

Ruam bintik merah di tapak kaki & sekitar bahagian kaki lain ( dari pinggang ke bawah )

Ahad, bintik merah makin banyak kat kaki & tangan. Aku & suami sangkakan campak. Petang tu suami belikan air kelapa muda untuk mandikan Aqil. Malam tu Aqil tidur tak lena seperti biasa. Susu & makan pun kurang.

Pagi Isnin, lepas aku mandikan Aqil, aku perasan ada bintik merah dalam mulut. Terus aku call husband bagitau rasa macam bukan campak. Lepas amek budak-budak sekolah petang Ahad tu terus pergi Klinik 1 Malaysia. Aku tak terus pergi emergency sebab Aqil nampak aktif lagi. So hopefully takde apa-apa yang serius. 

Sekali pandang doktor bagitau BUKAN CAMPAK. Bila check kat dalam mulut, terkejut doktor tengok ulser besar ada satu & ulser kecik pun ada. Allahu. Patutlah air liur Aqil asyik keluar je. Meleleh-leleh setiap masa. Doktor bagitau Aqil terkena virus PENYAKIT TANGAN, KAKI & MULUT ( HFMD ). Mungkin terkena masa di playground tanpa kita sedar ada budak lain pun ada virus hfmd ni. Kot berjangkit masa pergi beli barang dapur ke. Aku pun tak tahu. Sebab Aqil bukan duduk di Taska memandangkan aku ni housewife. 

Aku tak nak ambil tahu dah macam mana & bila dia dijangkiti. Doktor bagi ubat sapu & ubat demam in case Aqil tetiba demam. So NASIHAT DOKTOR, kena kuarantin. Tak boleh pergi ke tempat orang ramai. Duduk diam-diam kat rumah. Haha. Memandangkan Aqil baru setahun, ulser dia tu doktor tak bagi ubat. Susu ibu boleh menyembuhkan ulser tu. Cuma ambil masa mungkin 3 ke 4 hari nak sembuh. 


APAKAH ITU PENYAKIT TANGAN, KAKI & MULUT ( HFMD ) ?

HFMD adalah singkatan kepada Hand, Foot & Mouth Desease. Penyakit HFMD disebabkan oleh virus enterovirus yang meliputi Coxsackie Virus ( Cox A16 ) dan Enterovirus 71 ( EV 71 ).

CARA JANGKITAN HFMD

Virus HFMD boleh berjangkit melalui sentuhan, lelehan air liur, lepuh (blister ), najis kanak-kanak yang dijangkiti dan juga sentuhan pada permukaan serta alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD ini. 

TANDA-TANDA TERKENA JANGKITAN HFMD

1. Demam.
2. Luka atau ulcer di mulut.
3. Ruam atau lepuh di bahagian tapak tangan & kaki.
4. Air liur meleleh-leleh kerana ulcer.

RAWATAN HFMD

Untuk jangkitan ringan seperti Aqil, virus HFMD akan sembuh dengan sendirinya. Doktor akan bagi ubat sapu untuk digunakan pada ruam badan. 

Sekiranya jangkitan sehingga menyebabkan dehidrate, langsung tak boleh makan dan minum maka pesakit akan dirawat di hospital. Demam yang terlalu tinggi akan menyebabkan sawan. Lebih parah lagi virus HFMD boleh mengakibatkan masalah radang otak & jantung.


Semoga perkongsian aku dapat membantu. Sekarang aku harap virus ni tak berjangkit pada anak-anak yang lain. Semoga mereka dilindungi olehNya daripada penyakit & virus yang merbahaya.

Untuk sebarang persoalan korang boleh tinggalkan di ruangan komen. Nanti aku akan reply satu persatu okey.

Doakan Aqil cepat sembuh!
Alhamdulillah selesai majlis sambutan hari jadi si sulongku Arsyad petang tadi. Terima kasih buat kaum keluarga yang sudi datang. Untuk keluarga aku yang tak dapat datang, jangan risau kami tak kecik hati pun, kami faham. hehe. 


Sebenarnya agak penat bila buat majlis hari jadi last minute ni. Walaupun buat simple dimple sahaja. Tapi bila tengok tetamu datang makan, anak-anak gembira, aku rasa sangat puas!Maafkan segala kekurangan kami suami isteri sepanjang majlis petang tadi ye. Harap lain kali dapat buat makan-makan camni lagi. Next time boleh jugak plan ajak kawan-kawan sama. Tapi kena rancang awal sikit kot sebab makanan nak kena sediakan dengan kuantiti yang banyak kalau nak jemput ramai datang rumah kan. In syaa Allah ada rezeki lebih boleh jamu kawan-kawan & family lagi. 

Haru sungguh tengok birthday boy!Dah lah pakai topi cenggitu. Adoyai...
Gambar tak ambil banyak sebab duk sembang dengan keluarga yang datang. Lagi pula si bongsu demam pulak harini. Kejap-kejap je pegang phone untuk check kalau ada urgent message. 

Next post aku nak review pasal kek yang aku order. Kali ni kira kali ke 3 aku tempah dari Zu Dessert ni. Alhamdulillah kek sangat sedap!Nanti aku share story mory pasal Zu Dessert okey!Thank you Zu for the cake!Maybe lepas ni kena order 2 kek baru puas hati makan. haha. 

Penat dah. Esok kita tengok entry pasal apa pulak di update. Hehe. 

Alhamdulillah.

Thank you Allah. 
Assalamualaikum..

Salam jumaat semua..


Done vacum bahagian ruang tamu. Sibuk sikit harini sebab petang ni nak buat makan-makan sempena birthday Arsyad 12 September yang lepas. Buat simple je. Meraikan birthday boy. hehe.

Semua nak buat last minit. Dapatlah faedah kat ibunya. Japgi goreng bihun, keropok. Malam tadi dah buat puding dadih. Kek tempah je. Kalau aku buat entah apa rupa kek tu nanti. Haha.


Nampak kemas je kan rumah. Tapi seminit selepas tu terus ada mainan atas karpet tu. Hahaha. Bertabahlah wahai hati.

Sempat update entry sementara tunggu en suami pergi pasar.

Harap semuanya berjalan dengan lancar .

Amin.
Seharian harini kita dikhabarkan berita sedih tentang kejadian di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Facebook, Whatsapp semua bersedih dengan apa yang berlaku. Malam ni aku baru sempat tengok video kebakaran itu di Facebook. Allah. Terus aku pergi ke bilik anakku Arsyad & Amani. Mereka dah tidur. Rasa sayu, bimbang. Terasa aku sangat kerdil & sombong sebab selalu lupa untuk melakukan apa yang sepatutnya. 


Allah bagi kita peringatan betapa besarnya kuasa Dia. Kita terkadang lupa dengan rutin seharian kita. Terlalu sibuk untuk menjadi sempurna di mata manusia lain sedangkan kita lupa adakah kita sempurna di mata Allah. Entah esok masih ada atau tidak untuk kita menikmati kesempurnaan yang dicari. Allahu. Aku lupa. Banyak yang aku lalai. Terlalu banyak yang aku tangguh. Adakah esok masih ada untuk aku?Allahu.

Salam takziah untuk keluarga mangsa. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang telah pergi. 

Al fatihah. 
Assalamualaikum..
Salam sejahtera & hi semua!
Birthday Boy kelaparan takde mood nak posing!
Alhamdulillah anak bujang sulung genap usia 7 tahun harini. 12 September 2010, tarikh bermulanya perjalanan aku sebagai seorang IBU. Masa tu umur aku 25 tahun. Sekejap je masa berlalu kan?


Harini hari sekolah. Maka, nak celebrate lebih-lebih tak dapat lah. Kena tunggu Jumaat ni camane ye. Tadi lepas ambil diaorang kat sekolah terus bawak pergi makan. Dapur tutup harini. Hahaha. Incik suami pun kerja harini. Tu yang keluar makan je sekejap meraikan birthday boy. Hehe.




Dear Arsyad..Selamat ulangtahun ke 7 sayang. Ibu ayah sayang Abang Arsyad sama seperti yang lain. Mungkin Abang pernah terasa sebab terpaksa mengalah dengan adik-adik yang lain. Abang terpaksa tolong ibu. Abang terpaksa memahami walaupun sepatutnya pada usia Abang, Abang tak perlu buat semua tu. Ibu hargai apa yang Abang buat untuk ibu, ayah & adik-adik. Ibu tahu Abang seorang Abang yang penyayang, kasih kepada Amani, Ardini & Aqil. Moga Abang dikurniakan iman yang tinggi, akhlak yang mulia, kesihatan yang baik. Jangan pernah lupa pada Ibu, Ayah & semua keluarga kita.

We love u Abang Arsyad!!




Assalamualaikum..
Salam sejahtera & hi semua!

Aku sangat gumbira suka hati pagi ni sebabnya aku kini dah ada team blogger!yeay!!Jeles tau tengok korang ada team!So we all pun dah buat Support Group kami Team Blogger Pantai Timur. Team ni special dibuat untuk blogger dari Pahang, Terengganu & Kelantan. 


So korang yang nak join the group let me know k. Ramai jugak otai-otai  blogger dari Pantai Timur. Segan i ols yang suam suam kuku ni. hahaha. 

Logo seharusnya direka khas oleh designer top masa kini Sis Hawa yang khabarnya sekarang tak menang tangan duk edit blog customer yang semakin meriah. Kan Awa?Hehe. Dalam pada kesibukan tu sempat lagi Awa ajak gee buat group untuk Team Blogger Pantai Timur. Maka terhasillah Team Blogger Pantai Timur ni. 

Warna logo melambangkan 3 negeri Pahang, Terengganu & Kelantan. Hitam, Putih & Merah adalah warna-warna dari bendera dari 3 negeri pantai timur ni. Uniknya logo kami ada pancaran kilat tau!Kilat tu melambangkan walaupun negeri kami sentiasa terkena musibah banjir di musim tengkujuh, tapi hati kami orang pantai timur tetap bersatu untuk sesama kami & juga untuk seluruh Malaysia. 

Semoga dengan adanya group support dari Team Blogger Pantai Timur, kami dapat merapatkan ukhuwah kami sesama blogger. Semangat sikit kan bila ada team support ni!hehe.

Korang blogger dari Pantai Timur?

Boleh email gee no phone korang untuk urusan kemasukan dalam group Team Blogger Pantai Timur.

Email : sisgee1985@gmail.com
Subject : team blogger pantai timur


Done for now!

love,
gee

Assalamualaikum..
Salam sejahtera & hi semua!

Story mory last school holiday. Ya ampun baru nak update!Dah lama start tulis tapi apakan daya masih tersimpan di draft. So finally dapat publish entry outing tengok wayang dengan kanak-kanak riang 4 orang tu plus incik suami lah. 

The best photo of the day
Last aku tengok wayang masa ada anak 2. Masa tu kat Kuala Terengganu takde panggung wayang lagi. Kalau tak silap aku tahun 2012 or 2013 gitu. Tengok citer Planes. Perghhh lama kan?

Since Kuala Terengganu dah ada cinema aku jadi tak rasa pulak nak pergi tengok wayang. Banyak kali dah Si Sulong Arsyad tu ajak tengok wayang. Baru darjah 1 dah tahu pasal tengok wayang!

Last minute plan aku ajak incik suami pergi tengok movie cars 3. Pagi 30hb Ogos aku usulkan proposal. Petang tu incik suami belikan tiket. Express kan!Nasib baik ada tiket. Dah la awal-awal diaorang dah tahu nak pergi tengok wayang. Kalau takde tiket hampa keciwe lah anak-anak itu. hahaha.

SEDIKIT REVIEW CARS 3. Kalau yang mengikuti dari Cars 1 & Cars 2, Cars 3 ni ada lagi banyak watak bagi aku. Watak baru pun banyak gila!Aku expect Lighting Mcqueen yang jadi HERO Cars 3. Rupanya tidak. Nak tahu siapa?Kenalah pergi tengok!heheheh..Nanti tak best dah tau jalan cerita. hehe.

Nanti aku akan update entry berkenaan TIPS BAWA ANAK KECIL TENGOK WAYANG. Aku nak share macam mana aku & husband bawak 4 kiddos tengok wayang. hahaha. 

Cari Emoji Tersembunyi!hahaha
Overall mereka seronok & enjoy the movie. Kami pun tak serik nak bawak diaorang lagi. Emoji tak tengok lagi!Maybe next?hahaha.

Assalamualaikum..
Salam sejahtera & hi semua..

Hari ni aku nak share sedikit info pasal aku & kisah di sebalik blog Sis Gee.

Nama panjang aku Nur Hazirah Mohd. Nama pendek aku Gee. Umur aku 3 series dah. Anak dah empat. Aku dari Terengganu. Kahwin pun dengan orang Ganu. hehe. Kisah cinta dari abang angkat & adik angkat. hahahaha. Dah tu je kot serba sedikit pasal aku.


Aku kenal blog dari tahun 2010 lagi. Dah lama kan? Boleh terjah blog lama aku kat << SINI >>

Mula-mula aku tulis blog aku lebih kepada nak simpan memory. Untuk anak-anak baca bila dah besar nanti. So dia akan tahu serba sedikit perjalanan, kisah suka, duka yang mereka lalui. Dulu aku tulis blog tanpa sebarang ilmu. Aku takde kawan blogger pun masa tu. Bila aku rajin & ada sesuatu yang nak dikongsi aku buat entry & publish. 

Masa tu PV aku belas-belas je. Kalau share kat facebook PV naik lah sikit. Tapi masa tu aku dikategorikan tulis blog syok sendiri. Tak feel mana. Entah.

Bila aku serius tulis blog?

Bila aku  jumpa blog SIS HAWA, aku tengok dia ada buat service design blog dengan harga yang sangat mampu milik. Maka sesuai lah dengan aku yang sekadar surirumah sepenuh masa ni kan. Aku terfikir, kenapa aku tak buat blog dengan serius so nanti dapat jugak income dari blog. Manalah tahu ada rezeki dari tulis blog kan. MASA TU AKU FIKIR NAK CARI DUIT LEBIH!

Aku pun whatsapp & pm Hawa di Facebook. Alhamdulillah Hawa jenis yang sangat friendly. Tak pernah kenal & jumpa tapi cara dia layan customer dia 10 bintang aku bagi. Masa tu nama blog aku ziraamani. So aku pun ambil keputusan untuk design baru blog aku. Disebabkan aku yang buat-buat pandai edit template blog maka kesan dia template blog aku huru hara. hahahahaha.

Maka aku ambil kira semua pendapat Sis Hawa untuk buat blog baru dengan follower baru memandangkan coding template blog lama sangatlah haru biru. Maka blog ziraamani bertukar ke MRS HAZEERA dengan jayanya.

Bila buat domain baru?

Dari Mei 2017 aku guna blog mrs hazeera sampailah Ogos 2017. Sepanjang 4 bulan dengan template blog baru aku jadi semakin semangat nak menulis, berkongsi, join segmen dari blogger lain. Dalam masa yang sama aku masih berhubung dengan Sis Hawa. Bila baca post Facebook Sis Hawa berkenaan domain, aku jadi teruja. Macam best pulak kan ada domain sendiri. Maka sekali lagi aku guna khidmat Sis Hawa untuk menguruskan pembelian domain & design blog.

Sekali lagi blog aku di make over kan oleh Sis Hawa. Menariknya kalini semua baru!A new me!Blog baru, follower baru, email baru, akaun baru!!Blog lama aku masih simpan sebab banyak memory aku tulis dalam tu. Nanti aku akan share kat sini sikit-sikit.

BESTNYA bila ada domain sendiri aku rasa lebih komited. Aku jadi makin seronok nak join segmen, contest, giveaway dari blogger lain. DULU aku fikir nak duit lebih je kan TAPI sekarang lain pulak aku fikir pasal blogging ni. Nak tau apa? Aku rasa satu kepuasan dengan tulis blog!Bilamana aku rasa penat & stress aku rasa blog tempat terbaik & terdekat dengan aku untuk aku menikmati 'ME TIME'. Aku suka baca cerita korang. Kisah pergi travel, dapat resipi yang mudah & simple, kisah teladan, kisah lucu, kisah inspirasi dan macam-macam cerita korang share kan. Aku suka baca semua tu.

Kat sini aku nak ucap million billion thank you to Sis Hawa for everything! Semua tips & kata-kata positif yang Sis Hawa bagi akan aku guna & praktikkan dalam dunia blogging ni. One day in syaa Allah, kita akan jumpa. Sekarang aku dah kenal beberapa blogger lain jugak. Tapi belum serapat aku & Sis Hawa. Hopefully korang sudi kawan dengan aku yang masih banyak nak kena belajar pasal blogging. (muka tak malu!hehe)

Siapa nak kenal lebih dekat dengan Sis Hawa boleh terjah blog beliau :

<<< WWW.SISHAWA.COM >>>


Semoga Sis Hawa terus maju & sentiasa dimurahkan rezeki.

Thank you semua sudi singgah baca & follow blog Sis Gee.

Love,
Gee
Hi korang!

Rasa tak best r sebab server problem ke apa problem aku pun tak tahu. Nak upload gambar masuk blog tak dapat. Pastu bertambah-tambah keciwenya aku bila tak dapat nak join GA. Aku guna 100% phone sebab laptop rosak. duh! Tapi aku gagahkan je blogwalking & update entry guna phone. Tapi semalam, bila nak upload gambar, server failed pulak!

Tak best lah pulak update entry takde gambar kan?Kalau ada gambar aku lagi bersemangat nak buat entry. Dari gambar jugak datangnya kisah suka atau duka untuk dikongsi.

Doakan keadaan kembali seperti sedia kala. 

Hati yang keciwe,
Gee
Assalamualaikum..
Salam sejahtera semua!

Pantai Pandak, Chendering dah jadi pantai viral kat Terengganu ni. Kat facebook aku tengok kawan-kawan seronok duk share pergi Pantai Pandak. Siap mandi laut lagi tau! Memanggil-manggil pulak pantai tu. hahaha. 

Nampak Pulau Kapas dari Pantai Pandak
Kebetulan adik aku, wife dia & cinonets diaorang Ariana ada lagi kat kampung so aku ajak diaorang sekali. Dari rumah bawak siap-siap air untuk bilas kanak-kanak riang tu. PERGI PANTAI WAJIB STANDBY AIR BILAS! Sampai kat sana ramai gila orang! Mungkin sebab orang luar masih bercuti kat kampung lagi kan, so agak meriahlah! Parking kereta kat tepi-tepi jalan macam tu je. Suasana dia macam lepak pantai kat kampung je.


Sebab apa ramai orang?Aku rasa TARIKAN TERBESAR ORANG NAK DATANG adalah kerana pantainya selamat untuk anak-anak kecik nak mandi manda. Aku bersenang lenang tau lepak atas pasir yang gebu gebas tu sementara tengok anak-anak main air. Seronoklah diaorang sebab dapat kebebasan main air, pasir, berlari, melompat. hahaha.



Pantai dia landai je. Air pun tak dalam. Anak aku setahun tu kalau nak lepas main kat tepi-tepi air tu pun selamat. Tapi tu lah, budak tu takot!hahahaha.

Orang jual makanan tak ramai so macam tak rasa nak membeli pun. Korang nak datang bawak bekal air & segala makanan siap-siap. Bawak tikar sekali. Pastu berkelah kat tepi pantai. Syokkkk...haha..



Korang kalau datang Kuala Terengganu wajib singgah Pantai Pandak tau! Bawak baju lebih untuk anak-anak mandi manda. hehe. Datang awal boleh berendam lama sikit. Cuma tengok lah cuaca kalau panas sangat kang sun burn pulak. hehe. 

Done for now!Nanti kita share tempat best kat Terengganu lagi k!

love,
Sis Gee
Assalamualaikum..
Selamat petang semua!


Ada lagi yang masih ho ho ho holiday? Harini sekolah dah start selepas seminggu lebih cuti. Maka bermulalah episod rutin seorang surirumah. Harini dah siap masak awal dah. Sebab si bongsu Aqil tu tido awal tadi. Sempat lah masak, jemur kain, lipat kain sikit. Ni baru lepas amek diaorang sekolah. Rehat lah jap sambil update entry kat blog.

Japgi nak layankan diaorang makan pulak. Tapi macam mengantuknya rasa mataku ini. hahaha. Tido memang tak laaaa...huwaaaa.. Unless memang betul-betul free. Dapat lah aku lelapkan mata sekejap. hehe.

So rutin korang macam mana harini?Best tak?

love,
Sis Gee

Walau apa yang kita buat, tak suka macam mana pun kita kena tanamkan rasa cinta dengan apa yang kita buat. Aku surirumah. Setiap hari aku buat rutin yang sama. Takdenya nak pergi pantry bergosip, tengok orang sebelah bersembang sekejap menghilangkan rasa bosan SEBABNYA aku surirumah. Dalam rumah ada anak-anak, suami. Bonus untuk aku kalau ada orang datang rumah. Sebab tu aku suka orang datang rumah. Boleh buat sembang. MAKANYA aku wajib rasa cinta dengan apa yang aku buat.

MASAK. Kadang aku bosan sampai tak tahu nak masak apa. Bila mood malas datang apatah lagi. Aku berhak ke atas diri aku untuk rasa malas. So kalau tak nak ada rasa benci masak, ajak suami pergi makan luar. Bawak anak-anak semua. Aku perlu semua tu sebab aku nak rasa cinta pada masak tu tak hilang. 

Sama je dengan perkara lain. 

Bezanya adalah apa yang kita lakukan. 
Korang dah simpan berapa draft belum publish tu?hehe. Atau aku sorang yang simpan draft yang tak tersempat nak publish. haha.

Hi semua uncles & aunties!!
Kenapa banyak draft?

Sebabnya musim raya terlalu sibuk bersembang bergosip!hahaha. Aku kalau ada masa aku cuba menyelit untuk menulis post. Tapi apakan daya, kadang-kadang tak sampai 15minit anak memanggil nak minta susu lah, nak itu, nak ini. So pause sekejap tulis entry blog. Pastu ada masa lain aku sambung pulak. 

Kalau ada topic lain aku nak tulis, aku terus buat new post. Dah kalau ada 5 idea, makanya ada 5 draft post aku perlu habiskan. Eh! Terasa macam buat assignment zaman belajar je. Rindunya zaman belajar dulu... Untung adik-adik zaman muda dah pandai buat blog bagai. Banyak boleh simpan memori, kisah suka duka. Bestnyaaaa...

Raya haji kalini adik beradik yang duduk luar Terengganu ada balik. Meriah raya kalau ramai berkumpul kan? Walaupun sekejap je, beberapa hari yang ada memang aku & husband akan memaksimakan masa yang ada. Sebab tu bila nak update blog masa agak terhad. Seharian macam-macam aktiviti ada. Kalau tak buat apa-apa pun, kami lepak sembang-sembang je. Malam dah penat, mengantuk. Tulis entry sikit pastu simpan kat draft dulu. hahaha.

Takpe yang penting ada inisiatif nak tulis blog. Nanti takdelah sunyi sepi. hehehe.

Hari ni Raya Haji ke 3. Adik aku ada dah balik Melaka pagi tadi. Petang ni plan nak pergi pantai. Harap-harap cuaca okey sebab sekarang selalu jugak hujan. Budak-budak ni dah excited dapat tahu nak pergi pantai. haha.

Done for now!Next kita settlekan & publish next post wokeh!

Assalamualaikum semua!

SALAM AIDLADHA untuk semua yang beragama islam. Korang raya mana tahun ni?Aku team raya Terengganu. Dah laki bini orang ganu kan. hahaha. 

Gambar berdua ni mahal tau!
hahahaha
Tahun ni aku & incik suami ambil 1 bahagian untuk Akikah Amani. Raya Haji kat rumah mertua. Biasalah aku & incik suami buat konsep giliran sejak dari awal kahwin lagi. hehe. 

My number 3 Nur Ardini
Dah banyak tahun aku tak pergi sembahyang raya. Rindu oi!Ada anak kecik kan..macam nilah. Korang sama kes dengan aku tak?hehehe. Kalau ada yang volunteer nak jaga okey jugak kan. Tapi bersabar je lah duduk kat rumah dengan anak-anak kecik ni. Nanti tiba lah tu masa aku kan?

Semua pergi sembahyang raya. Tinggal kami 3 beranak. hehe
In syaa Allah petang ni balik rumah mak aku pulak. Macam ni lah bila rumah dekat. Kejap ke hulu kejap ke hilir. hehe.

Owh!Hari ni hari lahir aku tau!Kalau ikut kalendar islam la. hehe. Mak bagitau dia sakit masa orang sembahyang raya. Tak lama lepas sembahyang raya mak aku selamat lahirkan aku. Sinonimnya, aku lahirkan anak ke 2 aku Amani masa  hari raya haji jugak. Tapi raya haji ke 2. Yang sulong Hari Raya Aidilfitri ke 3. Haha. 

Amacam raya korang?best tak?

Nanti kalau ada masa & story best kita update lagi k!


Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ►  2025 (2)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ▼  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ▼  September (20)
      • Sesi Coaching Bersama sales Director
      • PROMOSI BELI LIPSTICK FREE MASCARA
      • Kek Lapis Sedap & Murah Homemade
      • Sakit Rengat Derita Ibu Selepas Bersalin
      • Mood Ke Laut
      • Amani : Pertandingan Baju Bendera Sempena Hari Mer...
      • Aqil Terkena Jangkitan Virus HFMD
      • Simple Birthday Party Arsyad Turns 7
      • Sehari Yang Sibuk
      • Peringatan Untuk Aku Yang Selalu Lupa
      • Selamat Ulangtahun ke 7 Arsyad!
      • Team Blogger Pantai Timur
      • Cars 3 With The Kids
      • Tulang Belakang Blog Sis Gee
      • Buat Entry Tanpa Gambar
      • Mandi Laut di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Ter...
      • Back To Routine
      • Do What You Love!
      • Simpan Banyak Draft Post di Musim Raya
      • Salam Aidiladha Dari Sis Gee & Family
    • ►  August (7)

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab