Sis Gee

Welcome to BLOG SIS GEE!! I Love to share my memories, tips & stories here.Thank you for visiting!

  • Home
  • Beauty
  • Event
  • Holiday
  • My Life
  • Review
    • Food Review
    • Homestay Review
    • Hotel Review
    • Spa Review
Assalamualaikum..

Apa manja-manja tu?hehe..

Malam tadi rakan blogger Sis Hawa ajak daftar kat website HYPR untuk jana income. Aku yang dah ready nak beradu terus membulat je mata. Tak ambil masa lama terus register. Senang & simple aje step register HYPR ni. Kurang seminit dah siap daftar. haha. 

Jom kenal APAKAH HYPR ni?


HYPR ni adalah satu platform untuk mempromosikan jenama-jenama Malaysia melalui web HYPR. Kita ( influencer ) di jemput untuk menyertai HYPR dengan berkongsi setiap promosi, brand & produk yang tersenarai. Apa yang kita perlu buat hanyalah berkongsi setiap promosi di media sosial kita. Menariknya, setiap unique click akan dibayar oleh HYPR. 

Yang mudahnya kita tak perlu nak tulis entry review produk bagai. Cuma share sahaja dia Facebook sebagai contoh, setiap click dari friends kita kat facebook akan dibayar oleh HYPR. 

Ni permulaan aku register & share promosi kat facebook.

Baru register & share 1 promosi dapat 0.66sen..

NAK DAFTAR?

[ DAFTAR SINI ]

Dah daftar nanti korang boleh tengok promosi apa yang ada. Korang boleh terus share promosi di Facebook. Lepas share & ada yang click, maka income korang akan bertambah. 

Ni selepas aku share 2 promosi di facebook :
  • 10% off on La Soie Shawls
  • HYPR Influencer Promotion


Tu tak sampai 5 minit tau!hehe.

Nanti kita dapatlah cash out duit tu. Best kan?

Ni baru namanya sambil duk goyang kaki, duit masyukkk...haha..

Dah tunggu apa lagi tu?Pi daftar cepat!

Takde blog?Bukan blogger?Takpelah. Asalkan korang ada email. Semua ada email kan?Cepat click untuk daftar, follow simple steps nak sertai HYPR.

<<< DAFTAR SINI >>>
Sejak buat blog baru dengan nama sendiri ni, rasa semangat lain macam pulak. Bagus ke tak bagus ni!hahahaha.

Ni watermark aku. Cantik tak?hehe.


Okey. Ceritanya aku tempah design blog & urusan pembelian domain dari Sis Hawa . Sis Hawa pun ada ambil tempahan logo & watermark jugak. Bila tengok apa yang dia designkan kat blogger lain macam lawa. 

Maka, aku pun mintak Sis Hawa buatkan aku seketul watermark. Dan menariknya, Sis Hawa dah tahu apa yang aku nak!



Eh!Kalau korang nak tahu sebelum ni aku malas tau nak letak watermark kat gambar. Tapi bila fikir balik, macam bagus jugak ada watermark ni. Sebabnya bila kita letak watermark so orang tak boleh nak senang lenang curi kita punya gambar. 

dapat tadi terus letak kat gambar

Korang sila terjah blog Sis Hawa . Sebab korang dapat tengok semua hasil tempahan yang dia dah buat. Apa yang best harga sangat affordable. Newbies macam gee sangat dialu-alukan. Sis Hawa pulak tak kedekut ilmu. Baru je kenal tapi macam dah berkawan lama. Banyak tips berguna dia kongsi untuk newbies macam gee. Million thanx Hawa!

So lepas ni, aku akan guna watermark ni untuk setiap gambar aku. 

Lalalalalalaaaa...

Alhamdulillah..thank you pada semua family & friends yang wish & doakan yang baik-baik pada Hari Lahir aku 26hb Ogos yang lepas. Hanya Allah mampu membalasnya.

Thank you husband belanja makan. Thank you Abang Arsyad & Kakak Amani dari pagi lagi sembang pasal birthday ibu. Kata kakak, kesianlah ibu happy birthday tapi takde kek. hahahah..

Thank you Amani for this pict!

Birthday kalini bertambah istimewa rasanya bila aku sendiri hadiahkan domain baru untuk menemani aku di waktu yang terluang. Tapikan sejak anak 4 ni waktu terluang tu dah tak berapa nak ada dah. huhu.

Aku suka bila tulis blog, aku dapat hilangkan stress & penat seketika. Bila baca apa yang blogger lain tulis, bagi aku inspirasi.

Sebenarnya, aku tak tahu pulak bila domain aku boleh siap. Aku tempah design blog dengan Sis Hawa . Untuk urusan pembelian domain pun aku serahkan pada Sis Hawa. Sehari sebelum birthday aku Sis Hawa bagitau semua dah siap!Wah!Teruja aku!



Untuk domain baru ni aku betul-betul buat semua baru. Blog lama aku Mrs Hazeera masih ada lagi. Cuma blog tu aku simpan je dulu diam-diam. Sekarang nak fokus pada blog Sis Gee ni. So follower pun barulah. Email aku pun buat baru. A new me. hehe.


Semoga dengan hadiah birthday aku ni, aku lebih menghargai diri aku seadanya.

HAPPY BIRTHDAY NUR HAZIRAH!




SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA MUHAMMAD AQIL!!

Aqil is my number four!Alhamdulillah...Lahir 21 Ogos 2016, jam 10.46 pagi, 3.04kg. 

Gee & husband terasa sangat bersyukur di saat kelahiran Aqil. kami dari anak sulung, sampai ke anak ke 3 memang buat surprise kat labour room. eh!scan haruslah!tapi awal-awal pesan kat doktor supaya rahsiakan jantina baby kami sebab kami nak tahu bila baby dah keluar nanti. hehe. 

so, my number one Muhammad Arsyad. number two Nur Amani. number three Nur Ardini.

maka bila pregnant ke 4, memang jauh dari dasar hati nak baby boy. tapi kami buat tak tahu je sebab yang paling penting nak anak sihat. so bersabar lah kami menunggu saat kelahiran Aqil. 

Bila sampai waktunya. sakit dari awal subuh 21hb Ogos. tapi gee layan kan je. lepas husband hantar Arsyad & Amani sekolah, dia dah bungkus siap-siap makan pagi. owh!masa tu adik ipar gee ada dah standby kat rumah. so nak tinggalkan budak-budak tak payah nak pikir dah. Thank you Cik Li!

sempat tau makan nasi lemak. sambil-sambil layan contraction. pastu jemur baju dulu. dalam pukul 9pagi bertolak ke hospital. 

bila doct check rupanya bukaan dah pun 4cm. Alhamdulillah. so terus masuk labour room. cepat kan?Alhamdulillah.


saat kelahiran Aqil. gee sangat tak terdaya. mata tak boleh nak buka. tapi husband duk cakap bukalah mata tengok. dipaksakan jugak. lepas tengok baby & jantina Aqil, aku rasa Allahu, inilah hikmah yang Kau berikan pada aku yang sangat susah nak dapat apa yang aku inginkan. kerja yang best, gaji mahal. rupanya Dia bagi hadiah lagi besar. Muhammad Aqil pelengkap keluarga gee. Husband & gee sangat bersyukur dikurniakan 2 zuriat lelaki & 2 zuriat perempuan. 

Alhamdulillah Aqil dah setahun. semoga membesar dengan sehat, menjadi anak yang soleh & pintar untuk agama & bangsa. 

gambar family paling sempurna..haha..


Musim cuti sekolah datang lagi. Kali ni seminggu kan sampai ke Raya Haji. Wah seronok lah kalau kalau yang bekerja dapat cuti seminggu sama dengan budak sekolah. Boleh ambil peluang cuti panjang ni untuk balik kampung kan. 

Walaupun kampungku & mertua dikatakan sangat dekat, tapi kalau nak balik rasa macam orang Kuala Lumpur nak balik Terengganu. Ada beberapa perkara bagi aku WAJIB untuk aku selesaikan sebelum balik rumah mak or mertua.

( 1 ) BASUH SEMUA BAJU KOTOR

Kalau tak nak baju menimbun lepas balik bercuti baik korang setelkan dulu semua baju kotor yang ada. Macam aku ni yang anak 4 lagi lah. Sekejap je penuh sebakul baju kotor. haha. Nanti lepas balik dari kampung at least tak lah banyak sangat nak basuh. Kang tak cukup ampaian pulak nak jemur!hadoi!

Aku ada 2 orang anak sekolah. Lagilah kena basuh dulu baju sekolah & kasut sekolah. Kalau extra rajin dan ada masa, aku iron siap baju sekolah diaorang. hehe.


( 2 ) LIPAT, GANTUNG SEMUA BAJU

Ni lagi lah korang kena setelkan sebelum balik kampung. Kebiasaannya aku sebelum balik kampung 2 bakul penuh aku lipat baju. Siap stay up lagi sebab nak setelkan semua. Sebab kalau lipat baju waktu dengan budak-budak ni naik stress tau!yang bongsu tu suka sangat tarik kain yang dah lipat. Pastu mana yang perlu gantung, kasi setel semuanya. Balik dari kampung tengok bakul baju belum lipat kosong, rasa ringan sikit kerja rumah nanti. 

cantik kan?
Gambar dari Google
( 3 ) KEMAS DAPUR, CLEAR SINKI, SIMPAN ATAU BUANG BAKI MAKANAN

Sinki WAJIB clearkan tau!Makanan semalam yang tak habis kalau nak simpan letak kat bahagian beku. Kalau makanan yang memang tak tahan lama tak payah simpan dalam peti. Ambil bawak balik kampung sekali. Sebab nanti bila lama tinggal dalam peti, semerbak bau masham peti tu nanti. Ada masa lebih?kemaslah dapur serba sikit. Lap kat dapur tu, lantai mop sikit. Biar sedap mata memandang. Nanti balik rumah tenang je jiwa raga tengok dapur bersih je kan. hehe.

berangan jap dapat dapur macam ni!
sumber gambar dari Google

( 4 ) KEMAS RUMAH

Aku suka kemas rumah sebelum balik kampung. Tapi ada jugak ketikanya memang tak sempat nak kemas. So kemas mana yang patut je la. Kalau ada masa, kemas satu rumah. Vacum. Simpan segala toys. Nikmatnya bila balik dari kampung nanti tau! Dah lah penat kan. Balik rumah bersepah. Lagi bertambah lah penat & stress tengok rumah bersepah. Kalau sempat sental toilet sekali. haha. Nanti rasa lapang je dada nak tinggalkan rumah.

cantikkan?not my house btw.haha..
sumber dari Google

( 5 ) BUANG SAMPAH

Buang sampah SANGAT WAJIB! Nanti kalau tak buang sisa-sisa makanan boleh berulat & bau busuk seluruh pelusuk rumah. Sebab tu kalau ada anak kecik kena kemas rumah dulu sebab kadang-kadang diaorang ni makan merata!Makan nasi kat meja makan. Tapi sepanjang jalan ke sinki penuh nasi bertaburan atas lantai. Phewwww...

Suka la tu bila rumah dah kemas!
Si Arsyad & Amani bila tengok rumah kemas tersusun pandai pulak memuji. Cantiknya rumah. Bersih. Tapi bila start main mainan ke menulis ke tak hingat dah! #bertabahlahibu

Yang balik kampung tu berhati-hati ye. Penat drive berhenti kat tempat yang selamat. Minum kopi, makan cekelat. hehe.

HAPPY HOLIDAY SEMUA!
Today is the day!

26 Ogos. Lagi special sebab harini dengan rasminya nak announce gee dah ada domain sendiri!yeayyy!!my first birthday gift for this year birthday!2nd gift?berangan je kan nak dapat hadiah birthday!hahahaha! #sukaberangan


what to do today??

yang pasti nak kemas rumah, kemas baju nak balik rumah mak..hehe..

rasa nak tutup dapur je harini. hmm. aci je kan?

sempena birtday i yang ke dot dot dot dot ( selalu lupa umur!ceh! ), dengan birthday gift dari diri sendiri ni, harap-harap hari ini & esok semakin bermakna & sentiasa di berkati olehNya. amin.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU HAZIRAH!
LOVE YOURSELF MORE THAN OTHERS!
ENJOY YOUR DAYS!
DONT LET OTHERS RUIN YOUR DAY!!

love,
gee
Assalamualaikum..

Bismillah..tak sabar nak buat 1st post kat blog baru. 

yeay!!tak tahu macam mana nak describe! tadaaaaa dah ada domain sendiri!my own web!masih lagi rasa macam bermimpi je.

Firstly, million thanks to sahabat blogger Sis Hawa yang terlalu banyak bagi idea, tips, pendapat, cadangan berkenaan dunia blogging. gee tanya Hawa macam-macam soalan!macam-macam u ols dan Hawa layankan je semua yang gee tanya. hahaha!best gila dapat kawan macam Hawa.

By the way, Hawa lah yang designkan blog gee ni!Urusan domain pun dia yang buatkan. Nanti gee buat post kisah di sebalik tabir blog Sis Gee ni.

So here i am. New me. New blog. New domain with new name.

Sis Gee

semoga hari baru bertambah baik untuk gee. 

tak sabar nak update & share story mory dalam ni. 


jumpa lagi next post!banyak benda nak share!hehe. 

love,
Gee
Newer Posts Home

ABOUT ME

test

Blogging since 2017, TGG, MY
Collaborations | Events | Reviews
Sponsorship
Email : sisgee1985@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • 5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
  • Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu
  • Promosi Free Ticket Sempena LEXUS 20th Anniversary Ticket to Happiness | Munchy's
  • Resepi Nasi Minyak Mudah & Cepat
  • Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Blog Archive

  • ►  2025 (2)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2022 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (18)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (92)
    • ►  December (4)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (8)
    • ►  August (7)
    • ►  July (9)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (9)
    • ►  March (8)
    • ►  February (6)
    • ►  January (8)
  • ►  2018 (169)
    • ►  December (9)
    • ►  November (16)
    • ►  October (22)
    • ►  September (14)
    • ►  August (12)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (18)
    • ►  April (20)
    • ►  March (12)
    • ►  February (14)
    • ►  January (12)
  • ▼  2017 (67)
    • ►  December (14)
    • ►  November (13)
    • ►  October (13)
    • ►  September (20)
    • ▼  August (7)
      • Buat Income Manja-Manja Dengan HYPR
      • Dapat Watermark Baru!
      • Beli Hadiah Untuk Birthday Sendiri
      • Happy One Years Old My Number 4, Muhammad Aqil
      • 5 Perkara Wajib Lakukan Sebelum Pulang Ke Kampung
      • Happy Birthday To Me!
      • Welcome to Sis Gee

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

TOURISM TERENGGANU

Kampung Budaya Terengganu

Kayak In Little Amazon Of Terengganu

Rancang Percutian ke Terengganu

Total Pageviews

Thanks OddThemes | Make Over By SF Design Lab